Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


ʕil.mu]/[ilmu] | علمو

Definisi : 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; berilmu mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan: orang yg ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah; mengilmukan 1. menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu: bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; 2. menjadikan individu atau kelompok individu berilmu: tugas penterjemah berat, terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat; keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; pengilmuan perbuatan mengilmukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

ʕil.mu]/[ilmu] | علمو

Definisi : 1 kemampuan utk mengetahui atau memaklumi kebenaran, kenyataan ttg sesuatu. 2 segala jenis pengetahuan atau kepandaian (mengenai dunia, akhirat, lahir, batin dll) yg diperoleh melalui pengalaman, pendidikan dll. ~ akhirat ilmu (pengetahuan, amalan) yg berkaitan dgn akhirat. ~ masyarakat pengetahuan mengenai hidup manusia dlm masyarakat. berilmu 1 berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan ttg sesuatu; mempunyai ilmu: Hidup tidak ~ seumpama berjalan dlm gelap. 2 berpengetahuan; bijak; pandai. keilmuan hal-hal mengenai ilmu: Bahasa Malaysia semakin berkembang sejajar dgn perkembangan ~. ilmuwan orang yg melibatkan diri dlm bidang keilmuan; ahli akademik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Seperti ilmu padi hampa,
     makin lama makin mencongak.

Bermaksud :

Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanics(ilmu) mekanikFizikMekanikCabang ilmu sains mengenai gerakan dan keseimbangan jasad. Ilmu ini terbahagi kepada tiga cabang: ilmu dinamik, ilmu statik dan ilmu kinematik.
philosophyfalsafahKesusasteraanTiadaPengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain.
classical mechanics(ilmu) mekanik klasikFizikMekanikIlmu mekanik yang berasaskan hukum-hukum gerakan Newton. Ilmu mekanik ini telah lama tertubuh, dan tidak termasuk ilmu mekanik kuantum dan ilmu mekanik statistik.
measurationilmu sukat/ilmu ukurKejuruteraanTiadaTiada
measurationilmu sukat/ilmu ukurGeografiTiadaTiada
quantum mechanics(ilmu) mekanik kuantumFizikMekanikIlmu yang menghuraikan teori jirim moden tentang sinaran elektromagnet, dan tentang saling tindakan antara jirim dengan sinaran. Ilmu ini berbeza daripada ilmu fizik klasik. teori kuantum
magnetohydrodynamicsilmu magnetohidrodinamikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanIlmu dinamik atau ilmu tentang pergerakan bendalir pengkonduksi elektrik seperti gas terion atau logam cecair yang bersaling tindak dengan medan magnet.
biophysicsbiofizikSains SukanBiomekanikCabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi.
magnetohydrodynamicsmagnetohidrodinamikGeologiTiadaIlmu dinamik atau ilmu tentang pergerakan bendalir pengkonduksi elektrik yang bersaling tindak dengan medan magnet.
Newtonian mechanicsmekanik NewtonanMekanikGunaanIlmu mekanik yang diasaskan pada hukum gerakan Newton. Ilmu ini memperkatakan gerakan yang melibatkan halaju yang biasanya dialami di bumi, iaitu halaju yang jauh lebih rendah daripada halaju cahaya. Istilah ilmu mekanik’ umumnya digunakan sebagai bermaksud mekanik Newtonan. Ilmu ini juga dinamai mekanik klasik.
12345678910...

Kembali ke atas