Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kajian saintifik tentang bintang, matahari, bulan, dan planet yg terdapat dlm alam semesta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Istilah manakah yang betul? "Penyembunyian" atau "persembunyian"? Bolehkah istilah "kesan pertentangan" digunakan bagi menterjemahkan frasa "opposition effect" (untuk bidang ilmu falak)?Kedua-dua istilah persembunyian dan penyembunyian adalah tepat. Perkataan tersebut digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my  untuk carian makna.

Jika konsep yang dinyatakan sesuai dengan terjemahan tersebut, kesan pertentangan boleh digunakan bagi terjemahan perkataan "opposition effect".
Ejaan07.11.2013
Assalamualaikum, Saya adalah salah seorang pelajar tahun akhir dalam jurusan Pendidikan Islam di Universiti Mohammad Al-khamis, Rabat,Morocco. Saya sedang membuat tesis akhir dalam bidang "Keajaiban Al-quran" dan dikehendaki untuk menterjemah sebuah buku dari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertajuk "Ilmu falak" edisi kedua oleh Baharuddin Zainal.Jadi saya ingin bertanya bolehkah saya mendapat keizinan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menterjemah buku tersebut dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Arab?

Assalamualaikum,

Untuk tujuan tersebut saudara boleh menulis surat rasmi kepada Ketua Bahagian Hak Cipta, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel ke hashimah@dbp.gov.my.

Terima kasih.

Lain-lain21.11.2008

Kembali ke atas