Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ILMU HITAM

ILMU HITAM, kuasa alam dalam masyarakat Melayu tradisional. Kuasa ini digunakan untuk melakukan sesuatu yang jahat. Penguasaan ilmu ini disebarkan secara sulit. Hanya bomoh atau pawang yang mahir tentang ilmu hitam ini dianggap pakar atau orang yang berkebolehan, tetapi mereka ini dipandang rendah oleh masyarakat.

BUDAYAKonsep
SIHIR

SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu.  Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau.  Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir.

BUDAYAKonsep
CALONARANG

CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno.  Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang.  Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya.  Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan.  Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya.  Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang.  Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan.  Airlangga kembali tenteram.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas