Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mam] | امام

Definisi : Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mam] | امام

Definisi : 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imam
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Memukul itik di tepi kota,
     Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
     Bertambah lagi kita yang jahil.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum & salam sejahtera, Penggunaan dari/daripada yang paling tepat bagi ayat-ayat di bawah dan MENGAPA? 1. Makmum tidak boleh berada lebih hadapan dari imam. 2. Jarak imam dengan makmum tidak lebih dari 150 meter. 3. Tidak menjadi halangan jika makmum jauh dari imam. Sekian, terima kasih.

Kata sendi “dari” dan “daripada” ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama “daripada” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. 

Cadangan jawapan:

1. Makmum tidak boleh berada lebih hadapan daripada imam.

2. Jarak imam dengan makmum tidak lebih daripada 150 meter.

3. Tidak menjadi halangan jika makmum jauh daripada imam.

Tatabahasa09.03.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih

Singkatan untuk alaihissalam ialah  a.s.
Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah  r.a.
Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah.
Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi

Ejaan12.06.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'al' di dalam tajuk, huruf besar atau kecil? Contoh: Kenyataan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah atau Kenyataan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Penggunaan "al" ialah huruf kecil. Contoh: "Kenyataan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah"
Tatabahasa13.12.2014
ASSALAMUALAIKUM. Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النووي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan ejaan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan lain yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026)Ejaan yang betul ialah مسجد الإمام النووي mengambil kira bentuk ejaan yang mashyur bagi nama Imam Nawawi.Ejaan30.09.2019
Assalamualaikum. Soalan Adakah perkataan "Pegawai Masjid", "Jawatankuasa Kariah", "Imam", "Bilal", "Noja" dalam ayat berikut perlu dieja dengan huruf besar? Ayat: 1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melantik 10 orang "Pegawai Masjid" pada Januari 2020. 2. Pelantikan "Jawatankuasa Kariah" perlu disegerakan. 3. Kekosongan jawatan Imam, Bilal dan Noja di beberapa masjid telah diiklan pada minggu lepas. Terima kasih.Pegawai masjid, jawatankuasa kariah, imam, bilal, noja ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil, kecuali disandarkan dengan kata nama khas yang lain seperti Imam Masjid Hidayah.Tatabahasa06.06.2020
Assalamualaikum/ selamat sejahtera, Mohon bertanya cara penulisan subhanallah yang berada di tengah-tengah ayat. Adakah "s" ditulis menggunakan huruf besar dan dicondongkan (italic)? Contoh ayat: Makmum duduk menunggu imam dan menyebut subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir.Cadangan penggunaan perkataan Subhanallah dengan betul adalah seperti yang berikut:"Makmum duduk menunggu imam dan menyebut Subhanallah agar imam tersedar lalu duduk semula untuk tasyahud akhir".Tatabahasa01.04.2020
Assalam. Tuan/Puan yang dihormati. Mohon nasihat berkaitan panggilan hormat untuk tuan imam semasa majlis rasmi? Terima kasih.Tiada panggilan hormat khusus untuk tuan imam. Panggilan seperti orang lain, sama ada Tuan Haji atau Encik sahaja.Lain-lain30.10.2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته Mohon pengesahan untuk ejaan مسجد الإمام النواوي dengan ejaan bahasa melayu... Adakah menggunakan MASJID AL-IMAM AL-NAWAWI atau MASJID AL-IMAM AN-NAWAWI atau terdapat ejaan laon yang lebih tepat.. Terima kasih. Mohd Nazif Zakaria (0195477026)

مسجد الإمام النووي Ejaan yang betul ialah

Ejaan29.08.2019
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih.
Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut:

   I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS  
                IMAM      BILAL     NAZIR

Lain-lain25.10.2016
123

Kembali ke atas