Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mam] | امام

Definisi : Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mam] | امام

Definisi : 1 orang yg mengepalai sembahyang yg dilakukan beramai-ramai (berjemaah). 2 orang yg menjadi penganjur atau pemimpin sesuatu ajaran (negara dll): ~ Yaman raja negara Yaman. ~ Mahdi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. ~ perang orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. ~ yg empat empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. berimamkan 1 memilih atau menjadikan seseorang sbg imam (ketika sembahyang berjemaah): Kami bersembahyang jemaah ~ Ustaz Yazid. 2 mempunyai seseorang sbg pemimpin atau ketua; berketuakan. mengimami menjadi imam (ketika sembahyang berjemaah); mengepalai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imam
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Memukul itik di tepi kota,
     Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagi berdosa,
     Bertambah lagi kita yang jahil.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الإمامpemimpin/imamAgama IslamFiqhKetua sesebuah negara atau imam dalam sembahyang.
متابعة الإمامmutaba‘at imamAgama IslamFiqhMengikut imam dalam sembahyang.
الشافعىImam Syafi'iyy; mazhab Syafiieyy; pengikut mazhab Syafi'iyyAgama IslamFiqh1 Muhammad bin Idris 2. Aliran fikiran mazhab Syafi'iyy 3. Orang yang menganut aliran mazhab Syafi'iyy.
امامimam ḤadīthAgama IslamHadithlihat:المتقن
الشيخانsyaikhānAgama IslamHadithImam Bukhariy dan Muslim.
المأمومmakmumAgama IslamFiqhOrang yang mengikuti imam dalam salat berjemaah.
ماmim-alifAgama IslamHadithSingkatan kepada Imam Malik yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Muwatta’.
طṭaAgama IslamHadith1. Singkatan bagi al-Muwatta’ yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkan olej Imam Malik di dalam kitab al-Muwatta’. 2. lihat: طيا
الاسناد العالىisnād tinggiAgama IslamHadithRiwayat yang sedikit bilangan perawinya berbanding dengan riwayat-riwayat lain untuk sampai kepada Rasulullah atau imam Ḥadīth atau kepada salah satu daripada kitab-kitab yang enam
فيه نظرfīhi naẓarAgama IslamHadith1. Lafaz tajrih yang paling tinggi darjatnya. 2. Lafaz tajrih yang paling rendah darjatnya menurut Imam Bukhariy.
12

Kembali ke atas