Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.man] | ايمان

Definisi : Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya; berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad; mengimani yakin dan percaya pd; keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.man] | ايمان

Definisi : 1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iman (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kepercayaan, keyakinan, iktikad, ketetapan hati, kekuatan batin.,

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الصحابىsahabat NabiAgama IslamHadithSeseorang yang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengannya serta mati dalam iman.
هبha-baAgama IslamHadithSingkatan bagi al-Bayhaqiy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Syu’ab al-Iman.
raw material (of religion)unsur asas (keagamaan)SejarahTiadaPerkara-perkara yang menjadi pokok atas asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam.
moral fictionfiksyen moralKesusasteraanTiadaFiksyen yang menonjolkan mesej moral. Fiksyen ini diperkenalkan oleh John Gardner. Dalam bukunya yang kontroversial berjudul On Moral Fiction (1978), Gardner menampilkan idea bahawa seni yang benar ialah seni yang bersifat moral dan berunsur pengajaran. Beliau memuji Hensy James, Leo Tolstoy, dan John Fowles kerana menghasilkan karya yang menunjukkan kebenaran moral yang tinggi, dan kebolehan meneroka kepada pembaca, dan menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pengarang yang terlalu mementingkan aspek permukaan atau zahir fiksyen, sedangkan karyanya tandus dari segi moral. Menurut Gardner, terdapat karya yang cuba mengajar sesuatu kepada pembaca tetapi tidak bermoral. Karya seperti ini tidak termasuk dalam kategori fiksyen moral. Contoh fiksyen moral di alam Melayu ditemui dalam novel Saga oleh A. Talib Hassan, Iman Markisa oleh Azizi Abdullah, dan novel Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia.

Kembali ke atas