Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pak] | ايمڤک

Definisi : kesan yg ketara, dampak: karyanya mempunyai ~ besar terhadap sufisme dan akidah Muslim; beliau mematah-matahkan kalimatnya utk memberikan ~ kpd sajaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
impak
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :kesan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah istilah dampak dan impak bersifat sinonim? Jika impak berasal daripada kata Inggeris impact, adakah dampak kata asli Melayu?Dampak bermaksud kesan yang ketara sama ada positif atau negatif bersinonim dengan perkataan impak yang berasal daripada bahasa Inggeris (impact).  Terima kasih.Makna29.01.2018
kELESTARIAN INOVASI - Produk (inovasi) yang dihasilkan mampu memberi impak secara berterusan. Perkataan impak berterusan boleh tidak membawa maksud sesuai untuk kelestarian yang digunakan.Untuk makluman, kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, keaslian. Contoh: Kelestarian hutan kita mesti diutamakan. Ini bermakna, frasa impak berterusan tidak sesuai jika digunakan bagi merujuk kepada perkataan kelestarian.Makna28.02.2017
1. Rakan sebaya memberi /memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Soalan: memberi atau memberikan yang betul?

1. Rakan sebaya memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada.

Tatabahasa17.08.2011
Salam, Saya ingin menyemak pertukaran bahasa inggeris ke bahasa melayu. Untuk perkataan "Reduced Impact Logging", jika ditukarkan ke bahasa melayu, adakah betul "Pembalakan Kurang Impak"? atau "Pembalakan Yang Kurang Impak" Sekian, terima kasih. -Fazleeayu-Salam sejahtera,

Kedua-dua frasa tersebut betul. Tetapi, berdasarkan artikel Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Ismail (http://www.upm.edu.my/artikel/pembalakan_kurang_impak_ril_menjamin_kelestarian_hutan_negara-30196) beliau menggunakan frasa pembalakan kurang impak.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa16.01.2019
Makna Kesan dan impak

Kesan bermaksud: 1. tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, ; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian; dan 3. pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dan sebagainya) yang timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu; manakala impak pula bermaksud kesan yang ketara, ataupun disebut juga dampak.

Makna05.04.2010
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K)Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong.Tatabahasa02.05.2014
sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargaiSila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995Lain-lain31.07.2007
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "impact sensor" yang sesuai adalah "sensor impak" atau "sensor kesan" atau "sensor pengesan"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan impact sensor tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "sensor hentaman".
Penyemakan dan penterjemahan05.06.2019
Apakah peranan DBP dalam memastikan penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeeris di dalam Bahasa Melayu dan apakah kesan atau impak kepada Bahasa Melayu itu sendiri, adakah Bahsa Melayu akan lebih diterima serta difahami atau sebaliknya?DBP mempunyai dasar dalam penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeris, iaitu bagi perkataan atau istilah yang memang tiada dalam bahasa Melayu. Misalnya, komputer, teknologi dsb. Namun, terdapat juga perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bidang tertentu, kata pinjaman lebih tepat, misalnya telekomunikasi, program dsb. Bagaimanapun, DBP tidak menggalakkan penggunaan kata pinjaman yang tidak mengikut pola pembentukan kata pinjaman, seperti 'suspek'(yang disyaki), 'bajet'(belanjawan) dan 'drebar'(pemandu). Peminjaman kata yang betul mengikut sistem morfologi bahasa Melayu akan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, sebaliknya peminjaman yang tidak keruan akan mencemarkan bahasa Melayu. Semua pengguna bahasa Melayu adalah bertanggungjawab dalam memelihara kemurniaan bahasa Melayu, dan tugas ini bukan tanggungjawab DBP sahaja.Lain-lain06.03.2007
Salam Pihak DBP. Saya ingin tahu akan sejarah DBP. Bagaimana ia ditubuhkan dan apakah sumbangan-sumbangan yang terbesar ataupun yang telah memberi impak yang kuat kepada masyarakat yang berbahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Sila layari laman web www.dbp.gov.my, pelbagai maklumat tentang DBP ada dimuatkan dalam laman tersebut. Untuk makluman puan, sumbangan DBP dalam bidang termasuklah bahasa, sastera, penerbitan dan budaya bermula semenjak awal penubuhan. Dalam ruang yang terhad ini sedikit maklumat dapat diberikan, contohnya, sumbangan DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah diterbitkan. Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lain-lain04.10.2015
123

Kembali ke atas