Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pli.ka.si] | ايمڤليکاسي

Definisi : 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yg disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi; mengimplikasikan membayangkan: adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan utk kepentingan pihak yg ingin mencari pengaruh? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
implikasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan makna tersirat: maksud, gambaran, bayangan,

2. Bersinonim dengan kesan: akibat, akibah, hasil, ekoran, pengaruh, risiko.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
implikasi-implikasi bahasa rojak

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang  tidak menggunakan tatabahasa yang betul.  Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain.  

 

Lain-lain06.02.2009
IMPLIKASI 4 JAWATANKUASA TERHADAP SISTEM PERSEKOLAHAN ZAMAN PRA MERDEKA

Saudara,

Untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan ini, saudara perlu membuat kajian dan penyelidikan di perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.06.2010
Implikasi yang mungkin jika faktor laras diiabaikan dalam terjemahanLaras bahasa penting dalam terjemahan untuk menunjukkan bidang yang diterjemahkan, contohnya jika bidang undang-undang ada laras undang-undang dan sebagainya.Makna15.07.2006
apakah implikasi bahasa melayu terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi?Sesungguhnya pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi tidak menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960 Lain-lain08.08.2008
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada kami. Banyak implikasinya dalam bidang sains dan teknologi. Antaranya dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar dari aliran kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu berkemungkinan mengalami masalah dari segi pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar dari aliran Inggeris. Selain itu usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi akan terbantut seandainya bahasa Inggeris mengambil tempat dalam mana-mana wacana keilmuan yang mengutamakan bahas Inggeris dan secara logiknya bahasa Melayu akan terus terpinggir.T.kasih.Lain-lain11.07.2008
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris terhadap usaha pengantarabangsaan bahasa melayu?Penggunaan bahasa Inggeris tidak akan terjejas dengan usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu kerana penggunaan bahasa Inggeris itu sudah meluas. Sememangnya kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa Melayu tetapi kerajaan turut menggalakkan kita mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang perlu dikuasai untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa.Lain-lain21.08.2006
pakah yang dimaksudkan dengan implikasi dan apakah peranti perangkap dan daripada manakh asalnya bahasa melayu baku.Implikasi ialah kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Sila nyatakan konteks penggunaan peranti perangkap untuk dilihat maknanya. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa Melayu standard dan perkataan baku bermaksud sesuatu yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll.) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsbg. yang lain.Makna14.10.2007
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih.i.  Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara.

Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu:

Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat.


ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara.
Tatabahasa04.12.2013
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih

a)    Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita".

 

b)    Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...."

Tatabahasa26.07.2020
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
123

Kembali ke atas