Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pli.ka.si] | ايمڤليکاسي

Definisi : 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yg disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi; mengimplikasikan membayangkan: adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan utk kepentingan pihak yg ingin mencari pengaruh? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
implikasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan makna tersirat: maksud, gambaran, bayangan,

2. Bersinonim dengan kesan: akibat, akibah, hasil, ekoran, pengaruh, risiko.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
necessary conditionsyarat perluMatematikTiadaAkibat dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “q” dikatakan syarat perlu bagi “p”. Contoh: “Jika segi empat ABCD ialah segi empat sama, maka setiap sudutnya ialah sudut tegak.” “Setiap sudutnya ialah sudut tegak” merupakan syarat perlu bagi “segi empat ABCD ialah segi empat sama”.
sufficient conditionsyarat cukupMatematikTiadaAntejadian atau hipotesis dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “p” dikatakan syarat cukup untuk “q”. Contoh: “Jika x ialah gandaan 4, maka x nombor genap”. “x ialah gandaan 4” merupakan syarat cukup bagi “x nombor genap”.
deMorgan's theoremteorem deMorganKejuruteraanTiadaTeorem yang menyatakan bahawa penyongsangan bagi siri implikasi AND sama dengan siri yang sama bagi implikasi OR songsang, ataupun penyongsangan siri implikasi OR sama dengan siri yang sama bagi implikasi AND songsang, iaitu A . B . C = A + B + C atau A + B + C = A. B. C
implicationimplikasiMatematikTiadaPernyataan majmuk yang berbentuk “Jika p, maka q”, dengan p dan q mewakili pernyataan. Dalam implikasi, “Jika p, maka q”, pernyataan “p” dikenali sebagai antejadian atau hipotesis dan pernyataan “q” dikenali sebagai akibat. Contoh: Implikasi Antejadian atau hipotesis Akibat Jika awan mendung, maka semua kedai tutup awan mendung semua kedai tutup Jika segi tiga ABC sama sisi, maka semua sudutnya sama segi tiga ABC sama sisi semua sudutnya sama Jika sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama, maka sisi empat ABCD ialah suatu segi empat tepat sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama sisi tempat ABCD ialah suatu segi empat tepat Perhatikan semua contoh ini berbentuk implikasi, tetapi tidak semuanya pernyataan benar.
consequenceakibatMatematikTiadaPernyataan yang diimplikasikan oleh satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “q” ialah akibat. Bandingkan antejadian. Lihat juga implikasi.
antecedentantejadianMatematikTiadaPernyataan yang mengimplikasikan satu pernyataan lain. Dalam pernyataan majmuk yang berbentuk implikasi “Jika p, maka q”, pernyataan “p” ialah antejadian. Bandingkan akibat. Sinonim hipotesis. Lihat juga implikasi.
nanoethicsnanoetikaFizikNanoteknologiBidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang.
implicationimplikasiFizikTiadaTiada
implicationimplikasiLinguistikTiadaTiada
implicationimplikasiMatematikTiadaTiada
123456

Kembali ke atas