Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mu.no.lo.gi] | ايمونولوݢي

Definisi : cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn pelalian atau daya tahan terhadap penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imunologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKLOSPORIN

Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan

untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu

atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan

oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli

imunologi Switzerland, Jean Borel telah

menemui khasiat perubatan dalam siklosporin

pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan

dalam pembedahan pemindahan jantung, hati,

pankreas, tulang sumsum, buah pinggang,

dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin

dapat menurunkan kekerapan berlakunya

kerumitan dan kematian akibat pembedahan

tersebut.

UMUM 
BURNET, SIR MACFARLANE

Burnet, Sir Macfarlane (1899–1985), doktor

dan ahli virologi Australia, yang berkongsi Hadiah

Nobel tahun 1960 bagi fisiologi atau perubatan

dengan Peter Brian Medawar. Pada tahun 1949,

Burnet mengusulkan hipotesis (mungkin idea

yang benar) bahawa dalam keadaan tertentu, tisu

dan organ boleh dipindahkan dengan jayanya

daripada seekor haiwan ke haiwan lain. Idea ini,

yang dinamakan toleran imunologi perolehan

kemudiannya dibuktikan oleh Medawar dan

pekerja bersamanya.

UMUM 

Kembali ke atas