Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dah] | اينده

Definisi : cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya); mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu; memperindah menambah keindahan (ke­cantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam; pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dah] | اينده

Definisi : dpt menarik atau memuaskan hati; elok benar; cantik: pemandangan yg ~. ~ permai sangat cantik. mengindahkan menjadikan indah; mencantikkan: Kelapa sawit ditanam utk ~ pemandangan di padang golf itu. memperindah menjadikan lebih indah; mempercantik. keindahan keadaan indah; kecantikan; keelokan: Amin dan keluarganya sedang menikmati ~ alam di pinggir kota. pengindahan perbuatan mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
euphonybunyi indah, eufonibunyi indah/eufonibunyi indah/eufoniLinguistik
good viewpemandangan indahpandangan indahpandangan indahPertanian
bon motkata nan indahkata nan indahkata nan indahKesusasteraan
scenic stagementpementasan panoramapementasan indahpementasan indahPertanian
scenic drivelintasan panoramapesiaran indahpesiaran indahPertanian
scenic creationkreasi panoramarekaan indahrekaan indahPertanian
scenic routerute/jalur berpanoramalaluan indahlaluan indahPertanian
scenic valuenilai keindahan panoramanilai indahnilai indahPertanian
scenic walklintasan panoramalaluan pejalan indahlaluan pejalan indahPertanian
scenic landscape conservationkonservasi lansekap berpanoramapemuliharaan lanskap indahpemuliharaan landskap indahPertanian
12

Kembali ke atas