Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
indah
Rujuk :cantik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan saya,perkataan INDAH NIAN itu betul atau salah? contoh ayat. pemandangan sawah padi itu indah nian.Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul.Tatabahasa01.06.2010
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian.Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian.Lain-lain16.11.2010
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian / sangat indah sekali?Ayat yang tepat ialah Pemandangan di situ sangat indah, Pemandangan di situ indah sekali dan Pemandangan di situ indah nian.Tatabahasa18.02.2019
Selamat sejahtera. Adakah kata penguat "nian" HANYA digunakan untuk kata adjektif indah iaitu INDAH NIAN? ATAU Kata penguat "nian" boleh digunakan untuk semua kata adjektif? Contohnya, bersih nian, cantik nian, sihat nian... Terima kasihNian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya.Tatabahasa19.03.2017
mengikut jawaban yg diberi oleh dbp pada 18/2 : mengapakah sangat indah sekali/sangat indah nian tidak boleh digunakan? saya difahamkan kata penguat bebas + kata adjektif + kata penguat belakang. Tambahan pula, dbp pernah memberi jawapan 'sangat indah nian' boleh diterima tahun-tahun sebelum ini.Betul seperti yang difahami, (amat/sangat/sungguh) + kata adjektif + sekali, seperti "sangat indah sekali" adalah betul. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa07.03.2019
Selamat petang, tolong bantu saya. 1)Antara frasa di bawah, yang manakah betul? Kenapa? a)benar sekali indah, atau b)sungguh nian indah. Berkenaan soalan di atas, 'nian' dan 'sekali' merupakan kata penguat belakang. Jadi jika begitu sepatutnya, sungguh indah nian, adakah andaian saya ini benar? 2) Kata perintah diikuti dengan kata kerja. Menerusi beberapa buah buku yang saya baca, kata kerja selepas kata perintah tidak boleh ada imbuhan 'ber' dan 'me', namun imbuhan 'di' dibenarkan. Contoh :a) Jangan dibuang beg itu. b) Usah pijak rumput itu. Jadi, adakah ayat di bawah ini betul? a)Usah bermain di tepi sungai. b)Jangan bergaduh di sini. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih.

1) Kami setuju dengan pendapat puan, frasa yang betul ialah "sungguh indah nian".

2) Kata kerja dengan awalan imbuhan boleh hadir selepas kata perintah asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 256 dan contoh yang dipetik daripada buku tersebut ialah: Jangan berludah di sini dan Jangan berjaja di kawasan ini.

Tatabahasa04.08.2011
kenapa frasa amat indah nian a dalah betul ? amat dan nian membawa maksud sangat. Bukankah kesalahan ini sama dengan paling indah sekali ?Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh “sekali”. “Paling”, “ter-“ dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, “amat indah nian” adalah betul kerana “amat” ialah kata penguat bebas dan “ nian” ialah kata penguat belakang. “Paling indah sekali” adalah bentuk lewah, kerana . kedua-dua “paling” dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi, maka bentuk ini salah.Tatabahasa27.07.2007
betulkah ayat ini? "Coklat Minda dapat mencergaskan minda anak anak" dan "Pemandangan pantai ini nian indah" Antara ayat tersebut,yang manakah paling tepatJawapan yang betul: Coklat Minda dapat mencergaskan minda anak-anak dan Pemandangan pantai ini indah nian.Tatabahasa14.08.2015
Kata Penguat. Ada kata penguat depan dan belakang. Boleh tak dua kata penguat hadir dalam satu ayat yang sama seperti ayat di bawah ini. Pemandangan itu sugguh indah nian. Pelajar itu sangat pandai benar. Makanan itu sungguh sangat sedap.

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.  Kata penguat hanya digunakan sekali  dalam satu ayat dan kedudukannya sama ada di hadapan, di belakang ataupun bebas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259.

Tatabahasa28.07.2010
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012
123

Kembali ke atas