Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indah-indah

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIndah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis.
Kurik Kundi Merah SagaRendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang.
Kurik Kundi Merah SagaKembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri.
Kurik Kundi Merah SagaBulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaPantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang.
Kurik Kundi Merah SagaKain songket berkodi-kodi, Tersusun indah di atas peti; Biarpun sedikit bernama budi, Guna menempah jasa bakti.
Kurik Kundi Merah SagaRumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.
12

Kembali ke atas