Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indah-indah

Puisi
 

Rendah-rendah bunga macang,
     Mari kait bunga kekati;
Indah-indah abang datang,
     Air ada pembasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Indah khabar daripada rupa.Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai di kayangan.Merasa senang pada suatu tempat yang indah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menumbuk padi hampa.Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak sir berdegak, sir melayang.Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas