Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indikator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna yang tepat bagi perkataan filosofikal dan indikator?Padanan yang tepat bagi indikator ialah petunjuk, dan filosofikal ialah falsafah.Makna05.01.2010
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladanKedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh.Lain-lain16.04.2009
Assalamualaikum, Apakah perkataan yang sesuai bagi indicator? Contoh ayat - Jumlah penyelidikan yang dapat dikomersialkan adalah salah satu INDICATOR kepada keberkesanan kerjasama penyelidikan antara pihak swasta dengan kerajaan.

Mengikut Kamus Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “indikator” membawa maksud petunjuk atau alat yang dapat memberikan maklumat khusus tentang kedudukan atau keadaan sesuatu. Contoh ayat: Penerbitan dan petikan makalah jurnal adalah antara indikator yang diukur dalam menilai sesebuah Institut Pengajian Tinggi.

Tatabahasa19.02.2021
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK

1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat.

2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama).

3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca.

Tatabahasa07.07.2009
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan .

Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020.

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020  bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and  Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation).

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia)  dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah  Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH).

Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu  Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health.

Sepanjang  seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada  seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang.

Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat  analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut.

 

 

 

Tatabahasa19.08.2020

Kembali ke atas