Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indikator


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hemateinhemateinKimiaTiadaBahan habluran berwarna merah-keperangan, C16H12O6, yang diterbitkan daripada hematoksilin melalui pengoksidaan, digunakan sebagai indikator dan pewarna.
seed indexindeks biji benihPertanianAgronomi

 Bilangan biji benih yang berat keseluruhannya 100g dan digunakan sebagai piawai atau indikator dalam bidang agronomi. 

Smart School Qualification Standards (SSQS)Standard Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS)PendidikanTiadaSatu sistem penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SSQS boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
seed maturitykematangan biji benihPertanianAgronomi

 Tahap biji benih dari segi kesempurnaan bentuk dan keadaan fisiologi yang memberikannya daya percambahan. Sekiranya biji digunakan sebagai benih, kematangan ini menjadi indikator untuk masa penuaian. Contohnya, kematangan biji benih jagung telah tercapai apabila lapisan hitam pada biji tersebut telah kelihatan.

acid valuenilai asidHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0.
hydroxyl valuenilai hidroksilHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan gabungan asid terhasil bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terhasil daripada penghasilan dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dihasilkan dengan larutan asetik anhidrida dan hasilnya dititrat dengan kalium hidroksida beretanol menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai hidroksil diperoleh daripada ungkapan a + 28.05x/w, iaitu a ialah nilai asid, x ialah perbezaan isi padu kalium hidroksida beretanol bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai hidroksil piawai bagi minyak kastor dara minimum 150 dan lemak bulu terhidrogen di antara 140 -180. Lihat nilai asid.
iodine valuenilai iodinHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam gram iodin yang ditindakkan bagi seratus gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid lemak tak tepu dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan dilarutkan dalam kloroform dan ditindakkan dengan larutan iodin bromida, kalium iodida dan air. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai iodin diperoleh daripada ungkapan 1.269x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai iodin piawai bagi minyak linsid dara di antara 160 - 200 dan lemak keras tidak melebihi 3.0.
peroxide valuenilai peroksidaHerbaTiadaNombor dalam unit miliekuivalen oksigen aktif yang menyatakan kandungan peroksida dalam seribu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan hidroperoksida yang menandakan tahap ketengikan minyak dan lemak daripada bahan mentah atau sediaan herba. Lima gram bahan herba ditindakbalaskan dengan campuran asid asetik glasial-kloroform (3:2) dan ditambah kalium iodida. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai peroksida diperoleh daripada ungkapan 10x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai peroksida piawai bagi minyak kelapa tidak melebihi 5.0 dan lemak bulu maksimum 10.0.
saponification valuenilai saponifikasiHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas dan mensaponifikasi ester yang terkandung bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan trigliserida dalam minyak, lemak dan lilin yang terdapat dalam bahan mentah dan sediaan herba. Nilai yang rendah menandakan bahan herba dicemari minyak mineral seperti vaselin dan nilai yang tinggi menandakan ketengikan bahan herba. Sejumlah berat bahan herba direfluks dalam kalium hidroksida beretanol dan hasilan dititrat dengan asid hidroklorik menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 28.05x/w, iaitu x ialah perbezaan isi padu asid hidroklorik bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai saponifikasi piawai bagi minyak ikan halibut tidak melebihi 180, lemak bulu terhidrogen maksimum 8.0 dan lilin karnauba di antara 78-95.

Kembali ke atas