Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
induk (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Dalam konteks bincang
bersinonim dengan ibu, indung,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan asal, punca, pokok,

Kata Terbitan : perinduk, seperinduk,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
adeloceratous Kamus Sains.indb 19 7/8/08 11:45:22 AM 20 adelomycete (adelomiset) Nama am yang jarang digunakan untuk kulat tak sempurna. (BIO) adelphogamy (adelfogami) Persenyawaan antara sel induk dengan sel anak yang terbentuk secara mitosis daripada sumber yang sama. Contohnya, persenyawaan yang berlaku pada sel yis. (BIO) aden- (aden-) Imbuhan asing yang menunjukkan perkaitan dengan kelenjar. Contohnya, adenitis seperti ini akan berkembang menjadi fenotip normal jika dipindahkan kepada pe- rumah jenis liar. (BIO) allopolyploidy (alopoliploidi) Organisma yang mempunyai bilangan set kromosom yang bertambah, yang disumbangkan oleh kedua-dua induk daripada spesies yang berbeza. (BIO) allosematic (alosematik) Berkaitan dengan kaedah perlindungan, apabila seekor haiwan sentiasa mem- buat hubungan dengan haiwan lain yang beracun, tidak sedap dimakan atau allograft allosematic Kamus

Kembali ke atas