Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.fa/]/[in.faq] | انفاق

Definisi : Ar pemberian (sumbangan) wang, harta dsb yg dibelanjakan utk kebajikan, spt derma, sedekah dsb: asrama itu memerlukan ~ drpd orang ramai utk membolehkannya menyelenggarakan kos operasi hariannya; berinfak memberikan atau mengeluarkan infak: katanya, dia akan tetap ~ sekadar yg termampu; seseorang yg ~ utk mencari keredaan Allah; menginfakkan menyumbangkan (membelanjakan, mengeluarkan) sebahagian wang, harta dsb utk kebajikan: dia selalu ~ hartanya semata-mata utk mendapatkan keredaan Allah; mereka akan ~ semua keuntungan itu kpd ahli ibadat, ahli zuhud dan ulama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata infak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infaqinfak/pemberianPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta bagi keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Infak terbahagi kepada dua, iaitu infaq umum dan infaq khusus. Contoh infak umum ialah sedekah, derma dan pembiayaan pesakit, kanak-kanak miskin dan tabung bencana. Manakala infak khusus, seperti perbelanjaan nafkah makanan, pakaian dan tempat tinggal oleh suami atau bapa kepada ahli keluarganya.

Kembali ke atas