Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.fla.si] | اينفلاسي

Definisi : keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli; ~ lampau inflasi yg amat sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.fla.si] | اينفلاسي

Definisi : kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wang yg beredar dan menyebabkan harga barang-barang naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inflasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
infasiTiada perkataan ini dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari salah mengejanya. Perkataan yang hampir dengan perkataan tersebut ialah inflasi.Lain-lain06.04.2010
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah berikut: >> a) counter-cyclical measures - mengurangkan atau meneutralkan kesan-kesan anti-sosial kitaran ekonomi, termasuk menggalakkan perbelanjaan ketika kegawatan, dan mengetatkan kredit semasa tempoh inflasi. b) volatility - menerangkan keadaan pasaran komoditi dunia / pasaran saham yang tidak menentu (turun naik dalam harga/indeks) - adakah terdapat pilihan selain perkataan "turun naik"? Terima kasih.Cadangan kami, (a) counter-cyclical measures = langkah-langkah tindak balas kitaran ekonomi (b) volatility = ketaktentuan.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015
Assalamualaikum Boleh saya tahu penggunaan kata yang lebih tepat SIFAR SAMPAH atau SAMPAH SIFAR. kalau ikut hukum DM sepatutnya 'sampah sifar'?Penggunaan frasa yang betul ialah SAMPAH SIFAR. Contoh lain, KEMPEN INFLASI SIFARTatabahasa19.07.2019
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009

Kembali ke atas