Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.fra.mé.rah] | اينفراميره

Definisi : (inframérah) sinaran elektromagnet yg panjang gelombangnya terletak antara 730 nm – 1 mm (iaitu antara panjang gelombang sinaran nampak dgn gelombang radio). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.fra.mé.rah] | اينفراميره

Definisi : /inframérah/ ist sinaran elektromagnet yg dipancarkan oleh jasad yg panas melalui pergerakan getaran atau putaran molekul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inframerah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINAR INFRAMERAH

Sinar inframerah, sering dinamakan sinar

haba, menyerupai sinar cahaya, tetapi ia tidak

dapat dilihat oleh mata kita. Sinar ini adalah

suatu bentuk sinaran elektromagnet dan

berkelakuan seperti sinar cahaya dari segi

pemantulan dan pembiasan (lihat Cahaya

[Pemantulan; Pembiasan]).

UMUM 
OPTIK

Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang

berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia

menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan,

bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana

cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan.

Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak

dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua-

duanya tidak boleh dilihat.

UMUM 
TERMOGRAFI

Termografi ialah teknik pengesanan yang

menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak

kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai

termograf digunakan untuk menghasilkan

termogram (gambar haba). Termografi digunakan

dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain.

Termograf kelihatan seperti kamera TV yang

disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu

dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan

inframerah.

UMUM 

Kembali ke atas