Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ingatan Kepada Kawan 'XVII'Zaen KasturiPelita Bahasa1 May 2007
Ingatan dan Kenangan (Diiringi salam dan doa)Wadi Leta S.A.Perempuan1 April 2007
Ingatan, sejarah dan mitos.Taufik AbdullahDewan Sastera1 January 2007
Ingatan Kepada Kawan "VIII"Zaen KasturiDewan Sastera1 October 2002
Ingatan Kepada Kawan "Oii"Zaen KasturiDewan Sastera1 November 2001
Ingatan Kepada Kawan "xiv"Zaen KasturiDewan Budaya1 December 2005
Ingatan Kepada Anak IIMelaka Ehsan JamilyPerempuan1 April 2008
Ingatan Yang Tak PutusZaen KasturiDewan Budaya1 July 2001
Ingatan Buat Nur AliaZuriana ZakariaURTV15 May 2003
Ingatan Di Penghujug RiwayatShukri Ibnu IsmailAnis1 May 2003
1234567

Kembali ke atas