Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa yang betul “hilang dari ingatan” atau “hilang daripada ingatan”. Mohon penjelasan. Terima kasih.

1.     Frasa yang betul ialah “hilang daripada ingatan”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 269 - 272.

Tatabahasa29.01.2024
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut.Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd.Tatabahasa17.07.2012
Salam, kata sendi nama yang manakah lebih sesuai digunakan? 'masih segar dalam ingatan' atau 'masih segar di ingatan'? Terima kasih.Kata sendi nama yabng betul ialah "dalam" (masih segar dalam ingatan)Tatabahasa24.12.2013
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk?

Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
tidak hanya tidak dapat hilang dari ingatan. adakah ayat ini betul?Ayat ini kurang tepat, ayat yang betul ialah "Tidak hanya, tidak dapat hilang daripada ingatan..."Tatabahasa15.12.2010
Bagaimanakah cara untuk baca perkataan 'cache'?
Apakah ejaan Jawi untuk perkataan 'cache'?

Saya merujuk kepada perkataan 'cache' dalam bidang komputer dan teknologi maklumat seperti "ingatan cache", "capaian cache", "cache data", "capaian ingatan tak seragam koheren cache", yang mana kesemuanya ada di bahagian "Kamus Bahasa Melayu" dan "Istilah Bahasa Melayu" di PRPM

Adakah ianya dibaca seperti bahasa Inggeris iaitu késh dan dieja dalam Jawi seperti کيش ataupun ianya dibaca ikut cara eja Melayu iaitu cacé dan dieja dalam Jawi seperti چاچي ataupun ianya dibaca dengan cara yang lain sama sekali?
Cara untuk menyebut perkataan cache ialah "kesh". Oleh itu, ejaan Jawi untuk perkataan cache ialah کيش.

Lain-lain09.07.2020
Sila semak samada ayat ucapan Hari Raya seperti berikut adalah betul. Salam Aidilfitri Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin

Ayat tersebut betul untuk digunakan dalam laras ucapan/percakapan, tetapi jika  dalam bentuk tulisan/  teks     lebih baik ditulis seperti berikut: 

Salam Aidilfitri dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Lain-lain30.05.2017
Namanya sudah ( padam ) daripada ingatan saya. Bolehkah saya menggunakan perkataan padam ? atau "hilang" lebih sesuai dan betul ? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan kerana dalam konteks ayat ini padam dan hilang merupakan sinonim. Istilah13.05.2010
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan

Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini.  

Lain-lain27.08.2008
12345

Kembali ke atas