Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INGATAN UMUM 
AMNESIA

Amnesia ialah hilang ingatan sebahagiannya atau,

dalam kes jarang-jarang berlaku, sepenuhnya. Kita sering

lupa tentang peristiwa kecil harian apabila masa

berlaku tetapi seseorang yang mengalami amnesia

mempunyai jurang besar dalam ingatannya.

UMUM 
TASBIH

Tasbih ialah kalungan manik kecil yang

digunakan untuk membantu ingatan dan tumpuan

semasa bersembahyang. Manik kecil ini mungkin

dibuat daripada kayu, logam, atau batu.

UMUM 
EPITAF

Epitaf ialah tulisan pada batu nisan atau inskripsi

lain sebagai ingatan kepada orang yang sudah

mati.

UMUM 
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 
PERLINDUNGAN DATA

Perlindungan data ialah menyelamatkan

maklumat elektronik yang tersimpan dalam

komputer. Perlindungan data termasuklah:

(1) perlindungan sah hak awam untuk melihat

maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan

data komputer, dan (2) perlindungan daripada

kecurian, kerosakan perisian (program) dan data

yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis

kedua perlindungan data dikenali juga sebagai

keselamatan data .

UMUM 
KONKUSI

Konkusi ialah sejenis gangguan sementara

terhadap fungsi otak akibat hentaman di kepala

yang berlaku secara tiba-tiba. Biasanya, konkusi

menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri yang

sementara, diikuti oleh hilang ingatan terhadap

peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas

kecederaan itu.

UMUM 
ULIK MAYANGULIK MAYANG, tarian tradisional rakyat yang terdapat di negeri Terengganu dan Pahang.  Di negeri Pahang tarian ini lebih dikenali dengan nama ugam mayang.  Ulik dan ugam membawa makna mengasyikkan sehingga kadang-kadang menjadi lupa ingatan.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
NAFH AL-TIB

Nafh al-Tib. Buku ini adalah antara hasil karya

yang diterbitkan oleh Perpustakaan al-Andalusiyyah.

Nama penuh buku ini ialah Nafh al-Tib min Ghusn

al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din ibn

al-Khatib. Pengarangnya Abu al-‘Abbas, Ahmad ibn

Muhammad ibn Ahmad al-Maqqariy al-Tilmisaniy

yang juga digelar dengan nama Shihab al-Din. Kitab

Nafh al-Tib menjadi tanda pengenalan kepada

pengarangnya, begitu juga pengarangnya menjadi

tanda pengenalan kepada kitab ini. Oleh itu, ramai

yang mengenalinya hanya dengan kata-kata: “Nafh

al-Tib oleh al-Maqqariy”. Ungkapan ini merupakan satu

ikatan antara pengarang dengan kitabnya. Ia

mengembalikan ingatan kita kepada ketinggian hasil

karya yang diterbitkan daripada Perpustakaan al-

‘Arabiyyah sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibn

‘Abd Rabbih dan kitabnya al-‘Aqad, Ibn Bassam dan

kitabnya Zakhirah, Ibn Hazm dan kitabnya Tawq al-

Hamamah serta para pengarang lain dari

Perpustakaan al-Andalusiyyah.

UMUM 
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 

Kembali ke atas