Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ingatan Kepada Kawan "XXI"Zaen KasturiMingguan Malaysia10.05.2009
Ingatan kepada kawan 'XVIII'Zaen KasturiBerita Harian31.12.2006
Ingatan tulus Mas Idris: perdengarkan tiga lgu permintaan terakhir...Norhayati NordinHarian Metro22.04.2008
Ingatan sosial dalam politikAzman IsmailUtusan Malaysia13.03.2008
Ingatan Kepada Kawan XVIZaen KasturiBerita Minggu18.11.2007
Ingatan Kepada Kawan XXZaen KasturiMingguan Malaysia11.11.2007
Ingatan Kepada Kawan (XIII)Zaen KasturiBerita Minggu12.11.2006
IngatanKromoBerita Minggu (Sastera dan Budaya)28.01.2001
IngatanArena WatiDaily Express05.04.1975
Ingatan KelakLeo A. W. SMingguan Utara02.09.1994
12345678910...

Kembali ke atas