Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
rote memorisationingatan hafalaningatan hafalaningatan hafalanPendidikan
delusional memoryingatan wahamingatan delusiingatan delusiPerubatan
external memoryingatan eksternalingatan luaringatan luarKejuruteraan
dynamic memoryingatan dinamikingatan dinamikingatan dinamikKejuruteraan
cache memoryingatan sorokingatan sorokingatan sorokKejuruteraan
affective memoryingatan afektifingatan afektifingatan kesan hayatanKesusasteraan
nonvolatile memoryingatan tak mengwapingatan tak meruapingatan tak meruapKejuruteraan
mnemonic patterningpemolaan ingatanpemolaan ingatanpemolaan ingatanKesusasteraan
memory addressalamat ingatanalamat ingatanalamat ingatanKejuruteraan
advice notenota ingatannota ingatannota ingatanKomunikasi Massa
12345678910...

Kembali ke atas