Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nga.tan] | ايڠتن

Definisi : 1 sesuatu yg diingat atau yg teringat; apa-apa yg terbayang dlm fikiran: Sepanjang ~ku, dia pernah mengajar di kampung ini. 2 kuasa atau daya utk mengingat sesuatu: ~nya masih kuat. 3 perhatian: Sila ambil ~ bahawa setiap calon dikehendaki membawa alat tulis sendiri. 4 ist bahagian dlm komputer yg menyimpan data atau maklumat, dan data atau maklumat tsb boleh didapatkan kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Kaju-kaju sembilan panjang,
     Pulas-pulasan si daun kayu;
Tujuh tahun sembilan bulan,
     Ingat-ingatan datanglah selalu.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ingatan sekunder(secondary memory)Peranti ingatan yang digunakan sebagai penyokong simpanan ingatan utama sistem. Ingatan jenis ini digunakan untuk menyimpan jumlah data yang banyak dan juga untuk membolehkan pemetaan ingatan maya dilaksanakan. Ingatan kedua ini, walaupun mempunyai saiz ingatan yang besar, mempunyai masa capai yang lambat berbanding dengan kelajuan ingatan utama.Kamus Komputer
ingatan maya(virtual memory)Teknik pengurusan ingatan yang memindahkan maklumat pada satu halaman, di antara ingatan utama dengan ingatan sekunder, untuk memberi kemampuan ingatan seolah-olah saiz ingatan utama itu tidak terhad.Kamus Komputer
ingatan meruap(volatile memory)1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. Bandingkan ingatan tak meruap. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan.Kamus Komputer
ingatan boleh alamat kandungan(content-addressable memory)Peranti ingatan yang menggunakan cara capaian yang berdasarkan pengenalan kandungan ingatan untuk menentukan kedudukan ingatan, dan tidak berdasarkan alamat kedudukan ingatan seperti yang biasa digunakan oleh peranti ingatan lain. Singkatan CAM.Kamus Komputer
pemeringkatan tuntut(demand staging)Pemindahan data atau blok ingatan dari ingatan sokongan ke ingatan utama hanya apabila diminta oleh atur cara yang sedang berjalan.Kamus Komputer
pengalamatan maya(virtual addressing)Pengalamatan ingatan yang membolehkan ingatan simpanan sokongan yang besar digunakan bersama ingatan utama yang kecil untuk menyelakukan ingatan utama yang besar. Dengan itu, pengguna sistem mendapat gambaran seolah-olah sistem telah memperuntukkan suatu saiz ingatan yang besar kepadanya sedangkan ingatan tersebut sebenarnya tidak wujud secara fizikal.Kamus Komputer
penyerpihan(fragmenting)1. Proses memuatkan atur cara ke dalam kawasan kecil ingatan utama yang tidak berdampingan atau lebihan penggunaan atur cara lain untuk menjimatkan penggunaan ingatan. 2. Keadaan kandungan ingatan utama akibat peruntukan ingatan oleh pemproses utama. Ingatan ini mengandungi kawasan kecil yang tidak digunakan antara kawasan yang memegang data yang berguna.Kamus Komputer
kambus balik(backfill)Tindakan menambahkan jumlah ingatan pada papan litar ingatan utama komputer dengan mengambil ingatan daripada papan litar ingatan lain.Kamus Komputer
ingatan tak meruap(non-volatile memory)Peranti ingatan yang terus memegang data yang dikandungnya selepas bekalan kuasa peranti ingatan terputus. Bandingkan ingatan meruap.Kamus Komputer
pengawal capaian ingatan terus(direct memory access controller)Pemproses perkakasan yang mengawal pemindahan automatik blok ingatan dari ingatan utama ke peranti pemohon ketika proses DMA. Singkatan DMAC.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas