Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. 1. Ingin sekali saya mengetahui tentang bidang-bidang yang berkaitan tentang ilmu Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini. 2. Adakah pihak DBP atau pihak lain (kerajaan dsb) yang menentukan disiplin ini (nama bidang yang khusus yang ditawarkan)?

Encik Mohd. Ismail,

Saudara boleh menghubungi pihak universiti  untuk mengetahui bidang yang ditawarkan atau layari laman sesawang ipta berkenaan. Penentuan bidang bagi kursus yang ditawarkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi dan dan universiti.

Lain-lain25.07.2010
assalammualaikum , saya amat berminat di dalam karya berfokuskan sastera.saya ingin sekali untuk menulis dan ingin menyumbangkan idea kepada masyarakat . tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menghantar hasil idea saya kepada pihak tuan/puan. Jadi saya perlukan khidmat nasihat dari pihak tuan/puan dalam membantu saya . sekian terima kasihSdr bolehlah hantar kepada Rozninah Abd. Azib, Editor  Dewan Sastera di alamat rozninah@dbp.gov.myLain-lain16.04.2010
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat  mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Tatabahasa10.11.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik
Jawapan:
1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)
Tatabahasa10.04.2015
frasa penguat seperti berikut betul atau tidak : 1) amat cantik sekali 2) sungguh cantik sekali 3) sangat cantik sekali Guru di sekolah saya menyatakan bahawa keempat-empat contoh di atas adalah salah. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ribuan terima kasih kerana membantu.Kata penguat “amat”, “sangat”,sungguh”, dan “begitu” semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Ayat yang anda berikan adalah betul. Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja. Contohnya, penggunaan kata penguat yang salah dalam contoh berikut: Anita gadis tercantik sekali di dalam kelasnya. Ali pemuda paling tinggi sekali dalam pejabatnya.Tatabahasa22.06.2016
Saya ingin bertanya bagaimanakahcara penulisan ayat yang betul? "Saringan mammogram disarankan dilakukan setiap 2 tahun sekali" atau "Saringan mammogram disarankan dilakukan sekali dalam setiap 2 tahun".Kedua-dua frasa “setiap dua tahun sekali” dan “sekali dalam setiap dua tahun” betul.Tatabahasa14.11.2021
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit."Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.Tatabahasa02.07.2008
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang jawapan yang diberi untuk pertanyaan yang ditanya dalam Khidmat Nasihat baru-baru ini: Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. sangat amat tinggi 2. sangat tinggi amat 3. sangat sungguh tinggi 4. sangat tinggi sungguh 5. sungguh tinggi sangat 6. terkenal sekali 7. paling popular sekali 8. amat indah nian 9. sungguh indah sekali Jawapan yang diberikan ialah: Frasa yang betul ialah "Terkenal sekali". Bukankah Kata Penguat "ter" dan "paling" tidak boleh digunakan secara serentak dengan "sekali"? Jawapan yang diberikan agak mengelirukan...Pola darjah penghabisan yang betul ialah:
(i)  se- + kata adjektif + gadaan + kata nama (sepandai-pandai tupai)
(ii) ter- + kata adjektif (terpandai)
(iii) paling + kata adjektif (paling pandai)
(iv) kata adjektif + sekali (pandai sekali)
(v) ter- amat/sangat + kata adjektif  (teramat pandai)
(vi) amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat pandai sekali)

Tiada contoh frasa yang diberikan menepati cara-cara di atas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Tatabahasa08.03.2022
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
Saya ingin bertanya sekali lagi, bagaimana dengan permohonan saya untuk menjadi munsyi sastera bagi mewakili insitusi saya memandangkan di institusi saya tiada langsung munsyi sastera mahupun munsyi dewan sedangkan institusi saya IAB kini telah melebarkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.Soalan puan akan kami ajukan kepada Bahagian Pengembangan Bakat dan Kepakaran.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasih.Sastera15.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas