Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ja/.in.ja/] | اينجق - اينجق

Definisi : 1. alat (pd mesin jahit, perkakas tenun, dll) yg digerakkan dgn kaki, rakap, pedal (basikal); 2. papan (besi dll) sbg pemijak pd kereta dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ja/.in.ja/] | اينجق - اينجق

Definisi : , injak-injakan 1 alat pd mesin jahit (alat tenun, basikal dll) yg digerakkan dgn kaki. 2 papan atau besi sbg tangga pd lori dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
injak
Kata Terbitan : injak-injak, injak-injakan, menginjak, menginjak-injak, terinjak, injakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018
Mohon terjemahan peralatan sukan treadmill. Terima kasih.

Untuk makluman puan, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan treadmill dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan awal yang boleh digunakan ialah sawat injak.

Penyemakan dan penterjemahan01.10.2018

Kembali ke atas