Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.si.den] | اينسيدن

Definisi : bp kejadian, peristiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
insiden
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :jadi, kejadian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Manakah antara berikut ayat yang betul? Para Pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku. ATAU Para pelajar berada di kelas semasa insiden itu berlaku. Mohon pencerahan berhubung panduan penggunaan "di" dan "di dalam". Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Para pelajar berada di dalam kelas semasa insiden itu berlaku".

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala, "di dalam" merupakan kata arah yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 286.

Tatabahasa29.11.2023
Ada tiga soalan yang saya mahu tanyakan. a) Yang mana satukah ayat berikut yang betul? "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya." atau "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga di kawasan sekitarnya". Perlukah wujudkan perkataan "di" lagi untuk ayat tunggal kedua? b) Apakah terjemahan sesuai untuk istilah berikut "underlying disease/medical condition" dan "population centre"? c) Adakah 'anggota' sahaja sudah merupakan penjodoh bilangan? Cthnya, "Dua anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu." atau mesti menulis penjodoh bilangan orang di hadapan anggota seperti "Dua orang anggota polis..." Saya masih tidak jelas mengenai situasi ayat berkenaan.1. Ayat yang betul: Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya.

2. Padanan yang betul ialah: underlying disease - penyakit tersirat, medical condition – keadaan perubatan dan population centre – Pusat penduduk.

3. Anggota bukan penjodoh bilangan, ayat yang betul ialah: Dua orang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu.
Tatabahasa22.09.2020
Adakah perkataan KEPATAHAN wujud dalam kamus Dewan Bahasa dan boleh digunakan? Contoh ayat: 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami kepatahan tulang fibula akibat insiden tersebut. 2. Panel berpendapat bahawa kepatahan tulang tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru. Rujukan dalam PRPM menunjukkan carian kata tiadadalam kamus talian. Tetapi terma ditemukan dalam Istilah Bahasa Melayu.

Kami mencadangkan “patah tulang” kerana frasa ini merupakan bentuk lazim yang digunakan dan kerap muncul dalam korpus. Walaupun “kepatahan” wujud dalam istilah, namun ia bersifat khusus untuk bidang tertentu.

 1. Pesakit telah didiagnosis mengalami “patah tulang” fibula akibat insiden tersebut.

2. Panel berpendapat bahawa “patah tulang” tersebut disebabkan oleh kesilapan pakar bedah ortopedik ketika mengendalikan plat dan skru.

Lain-lain25.08.2022
Tolong betulkan terjemahan ayat ini: "Your training includes anything from natural disasters to shipwreck." Latihan anda termasuk apa-apa insiden dari bencana alam ke kapal tenggelam. Betulkah penggunaan "dari" dan "ke" dalam ayat di atas? Adakah ia sama seperti penggunaan, "Dari hujung rambut ke hujung kaki".Pasangan kata sendi yang betul ialah daripada...kepada dan dari...ke. Cadangan terjemahan bagi ayat "Your training includes anything from natural disasters to shipwreck." yang diberikan ialah 'Latihan anda merangkumi apa-apa sahaja daripada bencana alam kepada kapal karam.'Makna25.08.2021

Kembali ke atas