Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata install


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana untuk install balik Dewan Eja Pro pada PC yang telah diformat.Mohon hubungi Syarikat The Name Technology di talian 03-8319 3388.Lain-lain13.03.2012
Apakah panggilan "Uninstall" dalam bahasa Melayu? Uninstall adalah berasal dari perkataan install tetapi ini adalah untuk membuka aplikasi yang telah dipasang (Install). Panggilan bagi uninstall tidak terdapat dalam DBP. Apakah panggilan "Snooze" dalam bahase Melayu? snooze ialah tetapan penggera pada telefon bimbit. Akan berbunyi dalam waktu yang ditetapkan berulang kali. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk uninstall dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. Istilah snooze akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah20.01.2012
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters  terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar PesisirMakna04.09.2019
saya Dr Nagesvari, ingin bertanya tentang ekamus. Sya telah install ekamus semasa buat phd di USM dengan seorang kawan yang bernama Liza. Sekarang saya bertugas di UMK kelantan, dan laptop perlu di format balik. saya nak tanya, bagaimana cara untuk install balik ekamus selepas di format.Untuk makluman, Khidmat Nasihat Bahasa hanya menjawab soalah berkaitan bahasa sahaja.  Walau bagaimanapun, puan boleh cuba menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP, kalau-kalau bahagian tersebut boleh membantu.  Cuba hubungi talian ini: 03-21479373Lain-lain28.06.2016
Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih.Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna11.03.2021
Ingin bertanya, adakah di DBP dijual secara perisian install tatabasa seperti nak jadikan semakan dalam penulisan dibuat dalam lap top. Jika ada, macamana nak beli.Salam sejahtera,

Perisian tatabahasa


Dimaklumkan bahawa, dari segi jualan untuk tahun ini, DBP belum ada lagi perisian seumpama itu.

2. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan, sekiranya ingin mendapatkan rujukan tentang tatabahasa secara dalam talian, bolehlah layari laman sesawang prpm.dbp.gov.my, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang tatabahasa secara percuma.

Sekian untuk pemakluman.
Lain-lain26.10.2020
Salam sejahtera, Adakah "Installability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpasangan"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Etimologi installability ialah install + able, manakala takrifnya ialah “The capability of being installed” .  Jika berdasarkan panduan pembentukan istilah, boleh digunakan untuk able dan pasang digunakan untuk install, maka pembentukan kata nama akan menerima apitan ke-an dan membentuk istilah “kebolehpasangan”.Istilah20.11.2018

Kembali ke atas