Institutional Theory of Art | Teori Seni Institusi | Kesenian | Tiada | Teori estetik yang menganggap bahawa taraf kesenian sesebuah karya bergantung pada penerimaan institusi-institusi tertentu dan masyarakat. |
nominee company | syarikat penama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat yang dibentuk oleh sesebuah syarikat broker, bank ataupun institusi-institusi lain bagi tujuan memegang saham bagi pihak tuan punya saham tersebut yang berkepentingan. |
socialist | sosialis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam. |
fourth market | pasaran keempat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dagangan sekuriti daripada satu institusi kepada institusi lain tanpa menggunakan perkhidmatan firma broker. |
Islamic banking institution | institusi perbankan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi perbankan yang menawarkan produk dan perkhidmatan selari dengan syariah. Institusi ini mengelakkan urus niaga berdasarkan kadar bunga dengan menggalakkan urus niaga berdasarkan jual beli dan perkongsian untung. Di samping mencari keuntungan, institusi perbankan Islam juga tidak mengabaikan objektif kebajikan seperti membantu golongan miskin melalui kemudahan qardul hasan. Institusi ini boleh berbentuk sama ada perbankan Islam penuh atau jendela Islam. |
investment grade bond | bon gred pelaburan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang mempunyai penarafan yang baik yang biasanya dibeli oleh pelabur institusi dan institusi kewangan tertentu. |
nonbank financial intermediary | pengantara kewangan bukan bank | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan khusus yang ditubuhkan dan dikawal selia oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk memenuhi kehendak unit lebihan dan unit kurangan yang berbeza. Institusi ini terdiri daripada lima kumpulan, iaitu institusi pembiayaan pembangunan, institusi tabungan, kumpulan wang simpanan dan pencen, syarikat insurans dan sekumpulan pengantara kewangan lain seperti unit amanah dan amanah harta benda, syarikat pemajakan, syarikat pemfaktoran, syarikat token kredit, syarikat modal teroka, Perbadanan Cagaran Malaysia Berhad dan Syarikat Jaminan Kredit. |
Bretton Woods Institution | Institusi Bretton Woods | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi yang ditubuhkan oleh Persidangan Bretton Woods 1944 untuk mengatur sistem ekonomi antarabangsa pasca- Perang Dunia Kedua. Institusi tersebut terdiri daripada tiga buah badan, iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun, penubuhan ITO tidak menjadi kenyataan dan digantikan oleh satu kerangka ad hoc, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1947, tetapi kemudiannya ditamatkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 1995. |
bridge course | kursus taut | Pendidikan | Tiada | Rancangan pengajaran yang bermula di sebuah institusi dan berakhir di institusi yang lain. |
learning organisation | organisasi pembelajaran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi pengajian yang ditubuhkan khas untuk mendidik, melatih dan memberi kemahiran kepada pelajar dalam bidang tertentu. Institusi ini mempunyai sistem pendidikan yang telah ditetapkan dan disusun mengikut sukatan yang sesuai dengan tahap keperluan ijazah, diploma atau sijil. Di peringkat ijazah dan diploma, institusi pendidikan ini dilaksanakan oleh universiti dan kolej universiti. Manakala di peringkat sijil kemahiran vokasional dan teknikal, institusi pendidikan ini dilaksanakan oleh institusi kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Terdapat juga institusi latihan khas untuk profesion tertentu seperti kursus pentadbiran awam oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) untuk melatih pegawai tentera. |