Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia; berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~; menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.su.rans] | اينسورن‌س

Definisi : perjanjian utk membayar sebarang ganti rugi dgn bayaran tertentu oleh sesuatu syarikat dll. menginsuranskan membuat sesuatu (harta benda, nyawa dll) mempunyai insurans; mengambil insurans utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
insurans (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan jaminan, perlindungan, polisi, sandaran, cagaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
underlying insurance/reinsuranceinsurans dasar/insurans semula dasarPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun insurans atau insurans semula yang ditanggung sebelum lapisan insurans/insurans semula yang lebih tinggi dikuatkuasakan.
other insurance clausefasal insurans lainPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam semua polisi insurans kecuali insurans hayat dan kadangkala insurans kesihatan yang menyatakan perkara yang perlu dilakukan jika terdapat kontrak insurans lain yang meliputi harta dan/atau bahaya yang sama.
permanent life insuranceinsurans hayat kekal/insurans nyawa kekalPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk polisi insurans hayat yang lain daripada kumpulan dan sementara, biasanya insurans hayat yang mempunyai nilai tunai. Contoh: polisi endowmen dan insurans hayat seumur hidup.
reinsurerpenanggung insurans semulaPentadbiran PerniagaanTiadaInsurer yang menanggung kesemua atau sebahagian daripada insurans atau insurans semula yang diurusniagakan oleh sebuah syarikat insurans yang lain.
open-stock burglary insuransinsurans kecurian stok terbukaPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans jenayah yang melindungi kehilangan barang dagangan, perabot dan peralatan akibat kecurian, atau rompakan ketika urus niaga tidak dijalankan.
group property and liability insuransinsurans harta dan liabiliti kumpulanPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans am yang memberikan perlindungan kepada sekumpulan pekerja atau ahli persatuan ke atas kerugian harta atau liabiliti yang berkaitan.
debit life insuranceinsurans hayat debit/ insurans nyawa debitPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans kebakaran yang melindungi harta perniagaan, berbeza dengan insurans kebakaran yang melindungi harta individu.
multiple protection insuranceinsurans perlindungan pelbagaiPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans hayat ini merupakan satu gabungan polisi insurans sementara dengan polisi insurans hayat seumur hidup. Faedah yang berganda akan dibayar sekiranya kematian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya kematian berlaku selepas tempoh ini, faedah akan dibayar di bawah polisi insurans hayat seumur hidup.
life underwriterpenaja jamin insurans hayat/pengunderait insurans hayatPentadbiran PerniagaanTiadaPegawai syarikat insurans hayat yang dipertanggungjawabkan untuk menimbangkan sama ada sesuatu cadangan insurans hayat boleh diterima berasaskan kepada garis panduan yang ditetapkan.
limited payment life insuranceinsurans hayat bayaran terhadPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umur 50.
12345678910...

Kembali ke atas