Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tan] | اينتن

Definisi : 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tan] | اينتن

Definisi : akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tan] | اينتن

Definisi : sj batu permata yg cantik (utk cincin dll): ~ air beras intan yg putih; ~ mentah intan yg belum digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intan
1. Rujuk permata

2. Rujuk kasih kekasih


Puisi
 

Jangan dibuka ikat ikan,
     Dayang Intan hendak ke perigi;
Hilang ikut permata intan,
     Intan belum terbit lagi.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
KEJ) corrupt (cemar) Perihal merosakkan data dalam fail komputer dengan sengaja sehingga sukar dipulihkan semula. (KOM) corundum (korundum) Aluminium oksida semula jadi. Korundum sangat keras dan kekerasannya hampir sama dengan intan. Korundum terdapat dalam batuan metamorfus, pegmatit dan batuan igneus serta mempunyai pelbagai warna, bergantung ke- pada jenisnya. Contohnya, korundum biasa berwarna biru digunakan sebagai batu las, manakala korundum tulen kelihatan d.o.b.) (diameter atas kulit) Ukuran diameter batang pokok termasuk kulitnya. (HUT) diameter under bark (d.u.b.) (diameter bawah kulit) Lihat diameter inside bark. (HUT) diamond bit (bit intan) Bit penggerudian yang mempunyai badan yang diperbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras. (KEJ) diamonding (genjangan) Perihal perubahan bentuk permukaan keratan

Kembali ke atas