Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tan] | اينتن

Definisi : 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tan] | اينتن

Definisi : akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tan] | اينتن

Definisi : sj batu permata yg cantik (utk cincin dll): ~ air beras intan yg putih; ~ mentah intan yg belum digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intan
1. Rujuk permata

2. Rujuk kasih kekasih


Puisi
 

Jangan dibuka ikat ikan,
     Dayang Intan hendak ke perigi;
Hilang ikut permata intan,
     Intan belum terbit lagi.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diamond interchangepersilangan intan/persimpangan intanKejuruteraanTiadaTiada
diamond interchangepersilangan intan/persimpangan intanKejuruteraan AutomotifTiadaPersimpangan bertingkat yang berbentuk rombus dan lazimnya pergerakan bersilang dikawal dengan lampu isyarat.
diamond discdisk intanPergigianTiadaSejenis pengisar gigi yang diperbuat daripada intan dan berbentuk cakera yang bergaris pusat 20 mm. Disk intan digunakan bersama hanpis pergigian untuk memotong struktur gigi di bahagian proksimal untuk menyediakan restorasi bagi memberi ruang kepada bahan tampalan. Disk ini harus digunakan dengan cermat kerana saiznya yang besar boleh mencederakan tisu mulut. Lihat juga bur roda intan.
setangkai bunga raya Teluk Intansetangkai bunga raya Teluk IntanKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga raya berangkai di Teluk Intan, Perak.
bunga cempaka kembang Teluk Intanbunga cempaka kembang Teluk IntanKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka yang kembang di Teluk Intan, Perak.
diamond wheel burbur roda intanPergigianTiadaSejenis pengisar gigi yang mempunyai bilah berbentuk roda yang nipis dan diperbuat daripada intan. Saiz dan ketebalan roda ini berbeza-beza mengikut pembuat, biasanya lebih kecil dari cakera intan dan bergaris pusat 5-6mm. Ia biasanya digunakan untuk membuat pengurangan gigi di bahagian palatal. Saiz bur ini lebih kecil dari cakera intan. Bur ini diguna bersama dengan hanpis pergigian dan apabila berputar akan memotong struktur gigi.
diamond bitbit intanKimiaTiadaBit penggerudian yang mempunyai badan yang terbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti dengan intan atau permukaannya terdapat butir-butir intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras.
diamond bitbit intanKejuruteraanPetroleumBit penggerudian yang mempunyai badan yang terbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti dengan intan atau permukaannya terdapat butir-butir intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras.
alluvial diamondintan aluviumGeologiTiadaIntan yang ditemui di dalam kelikir sungai.
carbonadokarbonado; intan hitamKimiaTiadaIntan yang hitam, nyahwarna dan tidak tulen, dan tidak boleh digunakan sebagai perhiasan.
12345678910...

Kembali ke atas