Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.té.gri.ti] | اينتيݢريتي

Definisi : (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata integriti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan integriti?Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukintegriti">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integritiMakna09.01.2013
maksud integriti.Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.Makna08.01.2008
Salam Sejahtera, saya sedang mencari perkataan yang paling sesuai untuk "Integrity Pact". Saya pernah ternampak ada yang terjemah sebagai "Pakatan Integriti", "Aku Janji Integriti". Asal perkataan ini diperkenalkan dalam prosedur perolehan kerajaan, bahawa pihak pentender perlu tandatangan Integriti Pact. Terima kasih.Terdapat istilah "Warsaw Pact" yang dipadankan sebagai Pakatan Warsaw dan "Baghdad Pact" yang dipadankan sebagai Pakatan Baghdad. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah "Integrity Pact" ialah Pakatan Integriti.Istilah18.10.2018
maksuk integriti institusi kehakimanIntegriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.  Makna27.09.2009
APAKAH MAKSUD INTEGRITI?

Puan Normazidlan,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;    Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan  integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. 

Makna09.07.2009
Slogan mana yang betul penggunaan perkataannya ? i) Integriti sifar rasuah atau ii) Integriti menuju sifar rasuah Terima kasihPada pandangan kami, “Integriti Menuju Sifar Rasuah” lebih sesuai digunakan. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.06.2017
Mana yang lebih tepat moto ini: 1. Menerajui Integriti Memasti Kualiti, atau 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti. Terima Kasih.Moto yang betul ialah 2. Menerajui Integriti Memastikan KualitiTatabahasa31.12.2012
MEMBUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Adakah susunan dan penggunaan ayat betul sebagai satu sloganAyat yang lebih tepat ialah MEMBUDAYAKAN INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI ataupun BUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Tatabahasa30.11.2010
maksud perkataan integritiMaksudnya ialah kejujuran. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna08.06.2008
integriti adakah boleh diguna dalam b.melayuIntegriti yang bermaksud kejujuran telah diterima dalam bahasa Melayu.Istilah24.01.2007
1234

Kembali ke atas