Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.té.gri.ti] | اينتيݢريتي

Definisi : (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata integriti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ego integrityintegriti egoPsikologiPsikologi UmumKaedah untuk mengharmonikan personaliti individu supaya kesihatan atau kesejahteraan diperoleh secara holistik. Integriti ego dinyatakan dalam teori perkembangan personaliti Erikson, iaitu tahap integriti ego berlawanan dengan kekecewaan. Menurut beliau, jika tahap ini tidak dicapai, maka individu tersebut akan bersikap syak wasangka terhadap individu lain.
integrityintegritiPendidikanTiadaPenerimaan kekuatan dan kelemahan kendiri.
referential integrityintegriti rujukanTeknologi MaklumatTiadaKeadaan memastikan setiap kunci asing sepadan dengan kunci primer dalam pengurusan pangkalan data.
data integrityintegriti dataTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCiri data yang memenuhi kualiti keutamaan, iaitu data tidak diubah atau dimusnahkan oleh pengguna yang tidak sah. Keadaan data tersebut sama dengan data asal yang tidak terdedah kepada sebarang pengubahsuaian oleh pengguna hasad.
security integrityintegriti keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerJaminan bahawa dasar dan mekanisme keselamatan yang digunakan tidak boleh dielakkan atau digagalkan oleh sebarang individu atau proses, sama ada menerusi niat hasad atau sebaliknya.
referential integrityintegriti rujukanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang tercapai apabila maklumat daripada suatu sumber dirujuk dengan sumber lain dan maklumat tersebut adalah sama. Sekiranya terdapat perubahan pada sumber maklumat yang dirujuk, maka maklumat pada semua sumber lain perlu turut berubah. Contohnya, sekiranya tiket penerbangan dicetak daripada satu senarai tempahan dalam penerbangan, maklumat pada tiket perlu sama dengan maklumat dalam senarai tersebut. Sekiranya maklumat penerbangan seperti masa penerbangan pada senarai tersebut berubah, maka maklumat pada tiket perlu turut berubah.
system integrityintegriti sistemTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerJaminan bahawa semua perkakasan dan perisian dalam sistem komputer tidak akan menyebabkan pengubahsuaian data atau kelancaran aplikasi dalam sistem tersebut secara tidak sengaja atau dengan cara yang bercanggah dengan arahan pengguna.
organic integrityintegriti organikPertanian OrganikTanaman Makanan-
integrity pactperjanjian integritiUndang-undangTiadaProses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawarkan atau memberikan rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan melalui satu perjanjian yang ditandatangani bagi menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau kontrak tersebut.
national integritykeutuhan bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganKetahanan sesebuah negara yang dipelihara dengan baik. Ketahanan ini memberi imej yang positif dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Integriti tercapai apabila ekonominya maju, rakyat hidup bersatu, perkembangan politik yang stabil dan tidak menghadapi masalah dengan negara lain. Contohnya, Jerman selepas Perang Dunia Kedua memiliki integriti nasional yang baik dan mantap.
12345

Kembali ke atas