Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.lék.tual] | اينتليکتوال

Definisi : (inteléktual) 1. orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan: membentuk kesedaran dan menarik bakal-bakal ~ yg sedang belajar; kalau kita mengkaji ~ barat, kita dapati kebudayaan dan pengetahuan bahasa Arab tersebar luas ke Eropah oleh pendeta-pendeta yg melarikan diri; 2. mempunyai kemampuan yg tinggi utk berfikir (menggunakan akal budi); mengintelektualkan menjadikan seseorang intelekual: ~ ulama; keintelektualan perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dgn keperluan rakyat; pengintelektualan proses menjadikan seseorang atau sesuatu intelektual: antara isu perancangan bahasa ialah ~ bahasa Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.lék.tual] | اينتليکتوال

Definisi : /inteléktual/ orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intelektual
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :cendekiawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkan tuan berikan beberapa contoh ayat untuk perkataan intelektual.Sila rujuk intelektual&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=intelektual&d=1 untuk melihat contoh berkenaan.Tatabahasa14.07.2016
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
saya ingin mengetahui apakah kesan positif pembacaan novel popular berbanding novel berat ke atas perkembangan intelektual pembaca.Membaca novel popular sebagai langkah permulaan bagi memupuk minat membaca bolehlah diamalkan. Namun yang sedemikian, pembaca perlulah bijak menilai dan memilih kandungan novel popular tersebut sama ada kandungannya mampu meningkatkan perkembangan intelektual.Sastera04.12.2020
Apakah peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu.

Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian tentang tajuk yang dibincangkan. Pertanyaan seperti ini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Walau bagaimanpun untuk maklumat awal, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah  pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak (bukan hanya golongan intelektual) memperkasakan bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan kita. Untuk maklumat lanjut rujuk makalah atau kertas kerja seminar yang berkitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain20.06.2011
lokakaryadiskusi intelektualLain-lain25.09.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah "Reservasi Hak Harta Intelektual" merupakan terjemahan yang betul untuk "Reservation of Intellectual Property Rights"? Terima kasih.Terjemahan bagi Reservation of Intellectual Property Rights ialah Perlindungan Hak Harta Intelek.Penyemakan dan penterjemahan11.06.2018
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih.Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih.Tatabahasa09.12.2017
Mana ayat yang betul untuk digunakan 1) Hak milik harta Intelek ATAU 2 Hak milik harta intelektual Mohon bantuan dan alasanya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Hak milik harta intelek". 

Intelek bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya).

Inteléktual pula bermaksud orang (golongan, kaum) terpelajar; golongan cerdik pandai; cendekiawan.



Lain-lain26.05.2023
Muhammad Suhaimi Apr 14th, 9:24am Assalamualaikum Tuan/Puan, Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) akan datang kami Akademi Intelektual Muda (AIM) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh di Institut Pendidikan Guru Bangi. Bagaimana sekiranya kami ingin menjemput Ujana Buku DBP untuk turut memeriahkan ruang pameran kepustakaan pada hari program berkenaan? Terima kasih. MUHAMMAD BIN SUHAIMI 019 3977213Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP melalui ketuanya Encik Azhar Mohamad Dora, di talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my.Lain-lain14.04.2015
Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai?Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat.Tatabahasa12.09.2013
123

Kembali ke atas