Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inter-


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKTAB MELAYU MELAKA

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0in 0in 0pt; tab-stops: .25in" class=MsoNormal>MAKTAB MELAYU MELAKA, maktab perguruan. Maktab ini ditubuhkan di Melaka pada 1 Mac 1900 dengan Mr. S.E. Codrington sebagai pengetuanya yang pertama. Penubuhan maktab ini diusahakan oleh R.J. Wilkinson, Pemangku Nazir Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat (1898–1909).

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0in 0in 0pt; tab-stops: .25in" class=MsoNormal> 

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0in 0in 0pt; tab-stops: .25in" class=MsoNormal> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TOK PERAK

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid.

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"> 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MANDI SAFAR

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: .25in">MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify; tab-stops: .25in">      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan
GERAKAN KEBANGSAAN PATANI

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">GERAKAN KEBANGSAAN PATANI, gerakan menentang penaklukan dan proses integrasi terhadap komuniti Melayu Islam di Wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun, selatan Negara Thai. Kemunculannya berpunca daripada gabungan Kesultanan Patani (yang telah wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat sejak pertengahan abad ke-15)

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">ke dalam Negara Thai. Gabungan tersebut ditentang oleh pemerintah dan rakyat Patani, tetapi disokong dan diberi pengesahan oleh Britain melalui Perjanjian Bangkok (1909).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU, satu aliran kebangsaan dalam sejarah politik Melayu yang muncul pada dekad pertama abad ke-20. Gerakan ini mencapai kemuncak kegiatannya selepas Perang Dunia Kedua tamat.

inter-ideograph; MARGIN: 0in 0in 0pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify"> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PEHIN

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0cm 0cm 0pt" class=MsoNormal>PEHIN, pembesar kerajaan Brunei.  Pembesar kerajaan yang dianugerahi gelaran pehin biasanya daripada golongan kaum bangsawan awang-awang.  Mereka memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sultan.  Penganugerahan gelaran pehin dibuat atas nama rakyat yang diwakili, sama ada mengikut daerah, kampung atau golongan tertentu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANTUN

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0cm 0cm 0pt" class=MsoNormal>PANTUN, genre puisi Melayu tradisional.  Pantun adalah antara bentuk puisi yang tertua dalam tradisi budaya Melayu, selain mantera.  Pantun menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya.  Hampir semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya dalam dialek atau bahasa masing-masing.

SASTERAKonsep
MANANG

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0in 0in 0pt; tab-stops: .25in" class=MsoNormal>MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MAJUN

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0in 0in 0pt" class=MsoNormal>MAKJUN, sejenis makanan kesihatan tradisional orang  Melayu. Makjun dimakan oleh kaum wanita dan juga orang lelaki. Makjun dikeluarkan secara komersial dan dipasarkan dengan pelbagai jenama, misalnya Makjun Pak Tani, Makjun Khorzani dan Makjun Purba.

BUDAYAUbat-Ubatan
TASLIM

inter-ideograph; TEXT-ALIGN: justify; LINE-HEIGHT: 200%; MARGIN: 0in 0in 0pt" class=MsoNormal>TASLIM, ajaran yang dikatakan telah diasaskan oleh Haji Muhammad bin Shafie (1876-1948), yang juga dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari. Beliau yang berasal dari Pulau Madura, Jawa Timur, Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Ajaran Taslim ini bertapak di Pulau Pinang dan dikatakan mula aktif pada sekitar tahun 1900.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
12345678910...

Kembali ke atas