Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. obstruct (view) mengganggu: he did not want anything to ~ the view of the valley, dia tdk mahu apa-apa pun mengganggu pemandangan lembah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. break flow of, a. (action) mengganggu: the baby’s crying ~ed her sleep, tangisan bayi itu mengganggu tidurnya; you have ~ my train of thought, kamu telah mengganggu aliran fikiran saya; b. (speech) mencelah, menyampuk: she ~ed me when I was talking, dia mencelah semasa saya sedang bercakap; 2. disrupt, (act.) menyebabkan tergendala, menggendalakan; (pass.) tergendala; (state of calm etc) memecah: the war ~ed his studies, peperangan telah menyebabkan pengajiannya tergendala; the rain ~ed the match, hujan menyebabkan perlawanan itu tergendala; the calm of the night was ~ed by a loud explosion, bunyi letupan yg kuat memecah ketenangan malam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi menyampuk, mencelah: don’t ~, Ismail!, jangan menyampuk, Ismail!; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interrupt


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sampukan(interrupt)1. Isyarat kawalan khas yang memberitahu pemproses utama supaya berhenti mengerjakan tugas yang sedang dibuatnya dan melompat ke suatu kawasan ingatan tertentu. Ini adalah untuk menjalankan tugas kawalan tertentu apabila sesuatu peristiwa kawalan terjadi. 2. Ciri pengendalian sistem yang membolehkan proses tak segerak dikelolakan.Kamus Komputer
topeng sampukan(interrupt mask)Kaedah menahan sampukan tertentu daripada menyampuk perjalanan proses.Kamus Komputer
rutin sampukan(interrupt routine)Rutin yang ditunjukkan oleh alamat yang terkandung dalam jadual sampukan. Rutin sampukan dikarang untuk menyambut kewujudan peristiwa sampukan dengan menjalankan tugas tertentu.Kamus Komputer
permintaan sampukan(interrupt request)Permohonan oleh peranti atau persisian kepada pemproses utama supaya dilayan. Pemproses utama mempunyai pilihan untuk melayan permohonan ini atau tidak.Kamus Komputer
pengendalian sampukan(interrupt handling)Kaedah pengendalian yang dilakukan oleh mikropemproses untuk menyambut dan melayan sampukan. Sinonim pemprosesan sampukan.Kamus Komputer
pemprosesan sampukan(interrupt processing)Lihat pengendalian sampukan.Kamus Komputer
keutamaan sampukan(interrupt priority)Giliran keutamaan atau darjat sampukan dalam sistem yang mempunyai sampukan berbilang. Sampukan yang mempunyai keutamaan yang lebih tinggi boleh menyampuk perjalanan layanan sampukan yang lebih rendah.Kamus Komputer
kependaman sampukan(interrupt latency)Lengah masa di antara permintaan layanan oleh sampukan dengan pemberian layanan sampukan.Kamus Komputer
isyarat sampukan(interrupt signal)Kumpulan isyarat kawalan yang dijanakan oleh perkakasan, persisian, atau perisian untuk menuntut atau memohon layanan daripada pemproses utama pada bila-bila masa.Kamus Komputer
bendera sampukan(interrupt flag)Penunjuk yang biasanya bersaiz 1 bit yang akan disetkan kepada nilai logik 1 jika sampukan sedang dilaksanakan.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas