Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tra.vé.na] | اينتراۏينا

Definisi : (intravéna) (Ubat) dalam atau ke dalam vena: suntikan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intravena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous intravenous infusioninfusi intravena berterusanPerubatanTiadaPemberian ubat atau agen anestetik secara intravena berterusan melalui pam picagari yang disambungkan ke tiub intravena atau kanula. Pemberian ubat mengikut dos yang telah ditetapkan.
intravenous solutionlarutan intravenaPerubatanTiadaCecair kristaloid atau koloid yang digunakan untuk infusi intravena. Kristaloid merupakan larutan garam galian dan/atau glukosa pada sukatan tertentu yang disediakan dalam bentuk komersial. Koloid merupakan cecair yang mengandungi endapan seperti plasma darah, sel darah merah kejap, kriopresipitat dan sediaan komersial tertentu. Larutan ini digunakan terhadap pesakit yang memerlukan rawatan infusi intravena yang disebabkan oleh pelbagai masalah. Sinonim cecair intravena.
intravenous solutioncecair intravenaFarmasiFarmakologiCecair kristaloid atau cecair koloid yang digunakan untuk infusi intravena. Kristaloid merupakan larutan garam galian atau glukosa pada sukatan tertentu yang disediakan dalam bentuk komersial. Koloid merupakan cecair yang mengandungi endapan sepertiplasma darah, sel darahmerah, kriopresipitat dan sediaan komersial tertentu. Larutan ini digunakan bagi pesakit yang memerlukan rawatan infusi intravena yang disebabkan pelbagai masalah.
intravenous fluidcecair intravenaPerubatanTiadaLihat larutan intravena.
intravenous infusioninfusi intravenaPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat melalui intravena secara perlahan-lahan dengan kadar yang tertentu. Kaedah ini digunakan untuk ubat yang mempunyai separuh hayat pendek yang kesan farmakologinya dapat dititratkan dengan mengubah kadar infusi. Dalam kaedah ini, kadar infusi yang tepat dan tetap amat penting. Oleh itu, penggunaan alat infusi elektronik sangat membantu.
intravenous inductionaruhan intravenaPerubatanTiadaAruhan anestesia umum dengan menggunakan agen anestetik intravena.
intravenous anaesthesiaanestesia intravenaPerubatanTiadaPemberian anestesia umum dengan menyuntik agen anestetik secara intravena.
total intravenous anaesthesiaanestesia intravena totalPerubatanTiadaPemberian anestesia umum menggunakan agen intravena tanpa agen inhalasi. Teknik ini biasanya diberikan secara infusi berterusan untuk menghasilkan hipnosis, analgesia dan relaksasi otot skeletal. Contohnya, propofol diberikan dengan fentanil.
intravenousintravenaPerubatanTiadaKaedah pemberian ubat secara suntikan melalui saluran vena dengan menggunakan picagari atau secara infusi bersama cecair intravena. Ia membolehkan ubat terus memasuki sirkulasi sistemik dan memberi kesan yang cepat. Kaedah ini digunakan untuk ubat yang tidak diserap oleh usus, keadaan kecemasan atau pesakit tidak boleh mengambil ubat secara oral. Komplikasi penggunaan kaedah ini ialah perdarahan dan tromboflebitis.
intravenous hyperalimentationhiperalimentasi intravenaPerubatanTiadaKaedah pemberian zat makanan berbentuk asas seperti glukosa, asid amino, asid lemak, trigliserida, vitamin dan garam galian melalui intravena. Kaedah ini dilakukan bagi pesakit yang tidak dapat mengambil makanan melalui sistem gastrousus untuk jangka masa yang lama. Kaedah ini memerlukan penyediaan yang rapi, kos yang tinggi dan pemantauan yang baik untuk mengelakkan komplikasi seperti terlebih atau terkurang zat nutrisi, jangkitan kuman dan hepatitis. Sinonim nutrisi parenteral.
123456789

Kembali ke atas