Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ra.ma] | ايراما

Definisi : 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ra.ma] | ايراما

Definisi : turun naiknya bunyi atau lagu secara teratur; gerakan bunyi atau lagu yg berturut-turut dan teratur; tempo; rentak lagu: ~ lagu Melayu asli; Mereka menari mengikut ~. berirama ada iramanya. mengiramakan memberi irama (pd lagu dll); memberi berirama: Penggubah ~ lagu itu ala lagu Hindustan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
irama (kata nama)
Bersinonim dengan tempo, rentak, nada, melodi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Irama ‘Bapaku Pulang’ untuk menyanyikan lagu 'Tempat Perlindunganku’ tidak boleh dimuat turun. Diharap irama tersebut dapat diadakan semulaKami memerlukan maklumat yang jelas, domain yang gagal memuat turun kedua-dua lagu tersebut. Sila hubungi kami semula.Lain-lain09.04.2014
Saya memasuki pertandingan syair peringkat daerah, bagaimana saya ingin memastikan irama yang saya bawa adalah betul ? Adakah irama Syair yg ada di Youtube adalah betul ?Untuk maklumat, pihak DBP tidak menawarkan khidmat seperti yang tuan/puan maksudkan. Apa yang dipaparkan di Youtube, kami juga tidak dapat memastikan kesahihannya. Sungguhpun demikian, kami mencadangkan supaya tuan/pun menghubungi pihak ASWARA kerana mungkin ada yang dapat memberikan bantuan disebabkan di sana terdapat kursus-kursus yang berkaitan dengan seni dan sastera, sama ada moden atau tradisional.Lain-lain12.05.2017
salam sejahtera. dalam pendidikan muzik, salah satu cara mengajar irama dipanggil "rhythm syllable system" dallam bahasa inggeris. bila diterjemah kepada bahasa melayu, ada buku guna "sistem sebutan irama". Tetapi "syllable" itu lebih pada sebutan sukukata. Maka apakah terjemahan yang sesuai bagi "rhythm syllable system"? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rhythm syllable system" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah sistem suku kata ritma.Istilah21.05.2013
saya hendak mengetahui definisi muzik melayu.Menurut Kamus Dewan, muzik ialah gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Melayu pula nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia). Justeru, muzik Melayu dikaitkan dengan gubahan bunyi atau bentuk irama indah yang lazimnya dikaitkan dengan kesenian orang Melayu. Bagi membantu, saudara juga boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berkaitan dengan pengertian terperinci muzik Melayu.Lain-lain05.03.2007
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat???

Saudara Aidil,

1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.

2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan

3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.

4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan)

Tatabahasa05.08.2012
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014
Apakah definisi muzik secara menyeluruh?Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian.Makna19.02.2008
1.Apakah ciri-ciri ayat dasar? 2.Ayat2 berikut yang manakah bukan ayat dasar? a.Mereka akan tiba tidak lama lagi. b.Irama muzik itu sungguh mengasyikkan. c.Anak muda lebih suka bekerja di bandar besar. d.Cuaca pada hari ini merimaskan peserta pertandingan. 3.Adakah utk mengenali ayat dasar,kita perlu mengetahui ayat dasar, perlu mengenalpasti pola ayat dasar terlebih dahulu?TQVM

1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 

2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudara rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439.

Tatabahasa23.07.2011
Apakah beza antara puisi, sajak dan pantun? Terima kasih

Puisi ialah karangan berangkap. Kata-katanya disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menggunakan irama, bunyi dan kiasan. Puisi dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Dalam puisi tradisional terdapat empat bentuk puisi yang penting, iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam. dalam puisi moden pula hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu yang dikenali sebagai sajak.

Pantun ialah jenis puisi tradisional atau lama yang terikat dengan ciri-cirinya, sebagai contoh pantun empat baris serangkap, yakni dua baris pertama dikenali sebagai pembayang atau sampiran dan dua baris terakhir dikenali sebagai maksud.

 

Sajak pula ialah puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional seperti pantun. Justeru, sajak lebih bebas penciptaannya.

 

 

 

 

Lain-lain17.05.2010
1) Apakah maksud perkatan gemersik sebenarnya sebab perktaan tersebut tiada dalam daftar kamus dewan edisi 4. 2) Jika ada apakah maksud perkataan tersebut? 3)Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? -Suara penyanyi itu sungguh ___________semasa mendendangkan lagu irama asli. (Mana satu sesuai digunakan?GEMERSIK/MERDU?)Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah merdu. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.Makna25.08.2012
12

Kembali ke atas