Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ra.ma] | ايراما

Definisi : 1. ukuran masa atau tempo (pd muzik): ~ perlahan digantikan dgn yg rancak; 2. panjang pendek bunyi yg teratur, turun naik bunyi yg teratur (pd lagu dll), rentak: penari-penari sedang rancak menari mengikut ~; 3. ki gaya, tingkah, ragam, rentak: cara pelaksanaan oleh budi daya manusia berubah-ubah, se~ dgn perubahan suasana dan keadaan. berirama dgn (memakai) irama, berentak; gerak badan ~ gerak badan mengikut irama; mengiramakan memberikan irama (pd lagu dll): kanak-kanak boleh bertepuk ~ lagu, kalau irama lagu itu senang diikuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ra.ma] | ايراما

Definisi : turun naiknya bunyi atau lagu secara teratur; gerakan bunyi atau lagu yg berturut-turut dan teratur; tempo; rentak lagu: ~ lagu Melayu asli; Mereka menari mengikut ~. berirama ada iramanya. mengiramakan memberi irama (pd lagu dll); memberi berirama: Penggubah ~ lagu itu ala lagu Hindustan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
irama (kata nama)
Bersinonim dengan tempo, rentak, nada, melodi.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Irama sumbangBaka DesaNew Sabah times17.08.2008
Irama lagu, lirik senada HSKU 2007Abd Aziz ItarUtusan Malaysia26.06.2008
Irama tradisional Melayu dinodaiAbd Aziz ItarUtusan Malaysia14.05.2008
Irama asli di Covent GardenWan Asrudi Wan HasanHarian Metro05.06.2007
Irama Malaysia nadi bangsaRudy Imran ShamsudinHarian Metro08.06.2006
Irama Samudera figura katak pada karya Isle NoorAni AwangUtusan Malaysia30.11.2006
Irama dan lagu tidak boleh dipisah..Fadzil Haji AbdullahBerita Minggu05.07.1987
Irama Sebuah SenyumT. S. WirawanBerita Minggu08.12.1985
Irama ney, bendir teman kesepianOsman BakarBerita Harian10.08.1989
Irama dan lagu tidak boleh dipisahkanWanda IdrisMingguan Utara14.08.1994
12345678910

Kembali ke atas