Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
irama (kata nama)
Bersinonim dengan tempo, rentak, nada, melodi.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gaya1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang I1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, sepe­rangkat, satu set: dua ~ pakaian; sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; berpasang = berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan; pasangan 1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya? berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas