Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ras] | ايرس

Definisi : asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; keris ganja ~ keris sepukal (keris yg hulu dan matanya dibuat drpd besi yg satu); mengiras merupakan satu (bukan bersam­bung drpd dua atau tiga bahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; irasan seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk sulaman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; seiras serupa atau hampir serupa (mukanya): Mukanya ~ muka Mat Kilau. mengiras-irasi sama dgn; menyerupai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iras
Bahasa Asal :Minangkabau
Rujuk :mirip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebab kesalahan seiras-iras

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan seiras-iras bermaksud hampir serupa atau sama dengan seseorang atau sesuatu, seiras. Contoh ayat, Dia seiras-iras wajah Allahyarhamah Saloma. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana.

Makna16.05.2023
apakah pembetulan kesalahan bagi gambar di bawah
  1. Perkataan yang sesuai bagi perkataan seiras-iras pada ayat tersebut ialah seakan-akan.
  2. Ayat yang betul ialah Semua pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa had.

Tatabahasa16.05.2023
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Seiras" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), makna bagi kata "seiras" adalah seperti yang berikut:

seiras kata adjektif
hampir sama dengan seseorang atau sesuatu dari segi bentuk, rupa, sifat dan sebagainya; iras;
Contoh penggunaan:
Rozie memiliki wajah yang seiras dengan wajah ibunya.
Kedua-dua artis itu mempunyai nama yang seiras.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kamus terkini terbitan DBP ini di halaman 1993 dan 839.
Makna29.01.2024

Kembali ke atas