Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ras] | ايرس

Definisi : asal drpd satu bahan dan tidak bersambung: jenis keris Majapahit yg mempunyai hulu dan mata seiras; keris ganja ~ keris sepukal (keris yg hulu dan matanya dibuat drpd besi yg satu); mengiras merupakan satu (bukan bersam­bung drpd dua atau tiga bahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; irasan seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk sulaman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ras] | ايرس

Definisi : ; seiras serupa atau hampir serupa (mukanya): Mukanya ~ muka Mat Kilau. mengiras-irasi sama dgn; menyerupai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iras
Bahasa Asal :Minangkabau
Rujuk :mirip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
IRASIRASMatematikTiadaSingkatan bagi Infrared Astronomical Satellite atau Satelit Astronomi Inframerah, yakni satelit yang telah membuat survei di seluruh langit untuk mengesani inframerah yang julat panjang gelombangnya antara 10 hingga 100 UM dengan menggunakan optik dan pengesan yang didinginkan oleh helium cair.
Keris Ganja IrasKeris Ganja IrasKerisTiadaKeris yang mempunyai ganja yang ditempa secara seiras atau bercantum mati dengan bahagian mata.
IRAS-Iraki-Alcock cometkomet IRAS-Iraki-AlcockMatematikTiadaKomet yang dikesani pada tahun 1983 oleh IRAS, dan secara berasingan oleh G. Iraki dan E. Alcock.
creatinismkreatinismeBiologiFisiologiKeadaan patologi yang disebabkan kekurangan tiroksin pada waktu kanak-kanak dan dewasa yang menyebabkan kekerdilan, bentuk iras muka kasar, metabolisme rendah, pertumbuhan mental terkebelakang, gonad tidak terbentuk.

Kembali ke atas