Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sukatan atau ukuran ruang yg dipenuhi oleh sesuatu jisim spt pepejal, cecair atau gas dlm sesuatu bekas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jumlah ruang (dgn ukuran meter padu dll) yg ditempati oleh sesuatu bahan, cecair atau gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISI PADU UMUM 
METER GAS

Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu

gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah

kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di

tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang

berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan

boleh bergerak, yang membahagikannya kepada

dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat

kebuk yang berasingan.

UMUM 
METER AIR

Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air

yang mengalir melalui paip atau saluran besar.

Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan

nombor pada daftar yang berfungsi seperti

odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis

ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur

penggunaan air di rumah, kilang, dan premis

perniagaan.

UMUM 
SUSU PEKAT

Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan

dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan

air daripada susu untuk mengurangkan isi padu

susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak

disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk

untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat

adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2

yang baik.

UMUM 
TEKANAN DARAH

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan

oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan

ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi

jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran

darah, dan keanjalan arteri.

UMUM 
NITROGEN

Nitrogen ialah unsur kimia yang wujud dalam

alam semula jadi terutamanya sebagai gas.

Simbolnya ialah N. Nitrogen dalam udara adalah

kira-kira 78 peratus mengikut isi padu. Daniel

Rutherford, doktor Scotland, menemui nitrogen

pada tahun 1772.

UMUM 
KETUMPATAN

Ketumpatan ialah jisim – iaitu jumlah jisim – dalam

unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan

bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan

isi padunya.

UMUM 
TERMOMETER

Termometer ialah alat yang mengukur suhu

gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu

bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan

kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh

berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer

mengukur satu daripada perubahan ini dan

biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai

nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai

suhu dengan menggunakan skala suhu yang

sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit,

Celsius, dan Kelvin.

UMUM 
AVOGADRO, AMEDEO

Avogadro, Amedeo (1776–1856), ahli fizik Itali.

Pada tahun 1811, dia mencadangkan hipotesisnya

yang terkenal, kini dikenali sebagai hukum

Avogadro. Hukum itu menyatakan semua gas yang

berada pada suhu dan tekanan yang sama

mempunyai isi padu yang sama dan mengandungi

jumlah molekul yang sama. Hukum ini menolong

mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam teori

atom John Dalton (lihat Dalton, John ). Avogadro

juga membuat perbezaan antara atom dengan

molekul, dan dapat membuat jadual yang tepat

untuk berat atom (lihat Atom [berat atom ]).

Pembetulan dan piawaian ke atas berat atom

bermula pada tahun 1858 apabila Stanislao

Cannizzaro, seorang ahli kimia Itali, mengingatkan

ahli kimia lain tentang kerja Avogadro. Avogadro

dilahirkan di Turin. Dia diberi gelaran Conte di

Quaregna. Lihat juga Kimia (Perkembangan kimia

fizikal).

UMUM 
DALTON, JOHN

Dalton, John (1766–1844), ahli kimia Inggeris

yang merumuskan hukum tekanan separa – pada

gas pada tahun 1802. Hukum ini menyatakan

bahawa bagi gas unggul jumlah tekanan campuran

gas yang terkurung adalah sama dengan jumlah

tekanan setiap gas dalam isi padu yang sama.

UMUM 
12

Kembali ke atas