Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iso-


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
model rujukan ISO(ISO reference model)Model rujukan piawai yang dicadangkan oleh ISO untuk sistem perhubungan data. Model ini membolehkan penyambungan sistem terbuka dilakukan di antara peralatan komputer yang berlainan piawaian protokol perhubungan. Ada tujuh lapisan struktur protokol bagi protokol bagi perhubungan data dalam model ini.Kamus Komputer
lapisan sidang(session layer)Lapisan kelima model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan perkhidmatan dengan mengikat secara logik dua bahagian persembahan dan mengawal penyegerakan mesej di antara bahagian-bahagian itu.Kamus Komputer
lapisan rangkaian(network layer)Lapisan ketiga model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan fungsi dan tatacara pertukaran unit data rangkaian antara dua bahagian pengangkut data melalui penyambungan rangkaian. Lapisan ini membebaskan bahagian pengangkutan daripada masalah pensuisan.Kamus Komputer
lapisan persembahan(presentation layer)Lapisan keenam model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan beberapa perkhidmatan yang boleh dipilih oleh lapisan penggunaan untuk membolehkan lapisan tersebut memahami data yang dipindahkan. Perkhidmatan dalam lapisan ini termasuk pengurusan pertukaran data input, paparan dan kawalan data berstruktur. Lapisan ini merupakan lapisan yang penting kerana ia membolehkan terminal dan perkakasan komputer yang berlainan saling berhubung.Kamus Komputer
lapisan penggunaan(application layer)Lapisan ketujuh model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini bertindak untuk memberikan sokongan langsung kepada proses penggunaan dan atur cara penggunaan daripada pengguna. Lapisan ini juga menguruskan sambungan atur cara tersebut dengan bahantara perhubungan.Kamus Komputer
lapisan pengangkutan(transport layer)Lapisan keempat model ISO bagi protokol perhubungan data di antara lapisan bawah yang terarah perkakasan dengan lapisan atas yang terarah perisian.Kamus Komputer
lapisan fizikal(physical layer)Lapisan pertama model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan ciri-ciri mekanik, elektrik, fungsi, dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan sambungan fizikal peralatan.Kamus Komputer
lapisan pautan data(data link layer)Lapisan kedua model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan cara kerja dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan talian data di antara terminal dengan nod rangkaian.Kamus Komputer

Kembali ke atas