Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.so.ter.ma] | ايسوترما

Definisi : (Geo) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama suhunya, garisan sesuhu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isoterma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adsorption isothermisoterma jerapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaHubungan antara tekanan separa dengan isi padu bahan yang terjerap pada permukaan mangkin pada keadaan keseimbangan dan suhu yang malar. Contoh isoterma jerapan ialah isoterma Langmuir, Temkin dan Freundlich.
isothermal layerlapisan isotermaGeografiTiadaKawasan isoterma atmosfera di atas lapisan tropopaus.
isothermal gradientkecerunan isotermaGeografiTiadaGradien perubahan suhu melalui ruang pada sebuah carta isoterma.
work of isothermal compressionkerja pemampatan isotermaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKerja yang dilakukan oleh pemampatan boleh balik gas unggul yang tidak mengalir pada keadaan isoterma, yang diungkapkan sebagai W = � PdV = RT ln (V2/V1) = RT ln (P1/P2), Dengan W = kerja, P = tekanan, T = suhu, V = isi padu, R = pemalar gas semesta.
langmuir isothermisoterma LangmuirFarmasiTiadaSalah satu daripada ciri-ciri plot jumlah gas yang dijerap di atas sejumlah bahan tertentu dengan lapisan ekamolekul berlawanan dengan tekanan pada suhumalar. Persamaan dalam bentuk isoterma Langmuir berguna dalam enzimologi dan farmakologi molekul.
Ward experimenteksperimen WardKejuruteraanKejuruteraan KimiaEksperimen isoterma penjerapan hidrogen pada permukaan serbuk kuprum pada suhu 25�C. Eksperimen ini merupakan eksperimen pertama yang klasik tentang isoterma penjerapan pada permukaan logam.
isothermal acoustic velocityhalaju akustik isotermaKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju akustik pada keadaan suhu medium yang malar di dalam gas unggul yang ditakrifkan sebagai aT2 = P/r, dengan P = tekanan, r = ketumpatan, aT = halaju akustik isoterma.
PVT relation of isothermal compression/ expansionhubungan PVT pemampatan/ pengembangan isotermaKejuruteraanKejuruteraan KimiaHubungan yang mengaitkan tekanan P dan isi padu V pengembangan atau pemampatan gas unggul pada suhu yang malar (keadaan isoterma) dan pada keadaan kebolehbalikan yang diungkapkan sebagai P1 V1 = P2 V2.
stability criteria of isothermal compressibility factorkriteria kestabilan faktor kemampatan isotermaKejuruteraanKejuruteraan KimiaKriteria bagi sistem yang stabil yang jika tekanannya dinaikkan kepada keadaan suhu yang malar, isi padunya akan menurun. Faktor kemampatan isoterma kT adalah stabil jika kT � 0.
isothermal compressibility factorfaktor kemampatan isotermaKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor yang menjelaskan perubahan isi padu dengan tekanan sesuatu bendalir per unit isi padu bendalir pada keadaan suhu yang malar yang diungkapkan sebagai (rujuk m/s 48) dengan k? = faktor kemampatan isoterma (1/Pa), V = isi padu (m3), P = tekanan (Pa), T = suhu, n = bilangan mol.
12345678910...

Kembali ke atas