Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.so.top] | ايسوتوڤ

Definisi : (Kim) satu drpd dua atau lebih atom sesuatu unsur, yg sama nombor atomnya tetapi berlainan nombor jisimnya; ~ karbon unsur karbon yg mempunyai nombor atom yg sama tetapi berbeza jisimnya (mis C-12, C-13, C-14, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.so.top] | ايسوتوڤ

Definisi : ist satu drpd dua atom atau lebih yg nukleusnya mempunyai bilangan proton yg sama tetapi bilangan neutronnya berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isotop


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
table of isotopejadual isotopKejuruteraanTiadaJadual yang menyenaraikan isotop-isotop yang terdapat berserta dengan data-data nukleus yang bersangkutan dengannya.
mass concentrationkepekatan jisimKejuruteraanTiadaKelimpahan yang dihitung daripada berat isotop-isotop, bukan bilangan atom.
mass abundancekelimpahan jisimKejuruteraanTiadaKelimpahan yang dihitung daripada berat isotop-isotop, bukan bilangan atom.
ionic centrifugeempar ionKejuruteraanTiadaAlat yang digunakan untuk memisahkan isotop-isotop.
stable isotopisotop stabilFizikAtom dan NuklearIsotop yang tidak mengalami reputan radioaktif secara spontan.
metamict statekeadaan metamikKejuruteraanTiadaKeadaan amorfus terhasil pada bahan dalam bentuk hablur yang mengandungi uranium atau torium terbentuk akibat bedilan nukleus sentak dan juga zarah alfa yang dipancarkan oleh isotop-isotop radioaktif ini.
isotopic tracerpenyurih isotopFizikModenIsotop sesuatu unsur, sama ada isotop radioaktif atau isotop stabil, yang sejumlah kecilnya mungkin digabungkan ke dalam bahan sampel supaya mengikut laluan unsur tersebut melalui proses kimia, biologi, dan fizik, dan mengikut sampel yang lebih besar.
isotopic rationisbah isotopKejuruteraanTiadaNisbah bilangan atom sesuatu isotop kepada bilangan atom isotop yang lain dalam unsur yang sama.
carbon isotopeisotop karbonKimiaTiadaUnsur karbon yang mempunyai nombor atom yang sama tetapi jisimnya berbeza. Terdapat enam isotop karbon, iaitu C-10, C-11, C-12, C-13 merupakan isotop yang stabil, manakala yang lainya isotop radioaktif. 99% daripada unsur karbon terdiri daripada C-12 yang digunakan sebagai piawai bagi berat atom. Isotop karbon mempunyai banyak kegunaan. Misalnya, C-14 yang bersetengah hayat 5730 tahun digunakan dalam pentarikhan karbon untuk menganggarkan usia sesuatu bahan yang mengandungi karbon, sebagai sumber sinaran beta dan alat pengesan radioaktif, dan C-11 yang bersetengah hayat singkat (20.5 minit) digunakan untuk melabelkan bahan dalam ujian perubatan nuklear.
fissionabilityketerbelahanFizikAtom dan NuklearKebolehan sesuatu isotop untuk menjalani proses pembelahan. Bagi isotop boleh belah, pembelahan berlaku menerusi neutron lambat sementara isotop subur menerusi neutron cepat. Contohnya, isotop uranium-235 (U-235), uranium-233 (U-233), plutonium-239 (Pu-239) dan plutonium-241 (Pu-241).
12345678910...

Kembali ke atas