Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ta.na] | ايستان

Definisi : rumah kediaman raja atau ketua negara; bumi ~ ki tanah air (tempat tumpah darah); beristana tinggal di istana, mempunyai istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ta.na] | ايستان

Definisi : rumah tempat kediaman raja atau kepala negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istana (kata nama)
Bersinonim dengan mahligai, puri, keraton, kedalaman, palis, rumah raja.,

Puisi
 

Hari raya sembahyang raya,
     Raja berangkat dari istana;
Dari daya dan upaya,
     Tiada rotan akar berguna.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
castleistanaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBangunan kediaman kursus untuk sultan, raja dan bangsawan. Di alam Melayu, istana mempunyai ciri khusus seperti Balai Penghadapan dan Singgahsana yang membezakannya dengan kediaman rakyat jelata. Alat-alat kebesaran diraja biasanya disimpan di istana. Istana merupakan pusat pemerintahan dan politik selain menjadi pusat penyebaran agama, ilmu pengetahuan, pengembangan seni dan budaya.
court dramadrama istanaKesusasteraanTiadaBentuk hiburan yang dipersembahkan di istana raja pada zaman dahulu khusus untuk tontonan kalangan istana dan kaum bangsawan.
court intriguetipu daya istanaSejarahTiadaPerbuatan berkomplot di istana untuk sesuatu tujuan jahat.
bouncy castleistana ambulUmumTiadaModel besar boleh kembung, lazimnya berbentuk istana yang membolehkan kanak-kanak melompat-lompat dan bermain.
court comedykomedi istanaKesusasteraanTiadaKomedi yang ditulis untuk persembahan golongan istana.
court recordrekod istana; rekod mahkamahSejarahTiadaCatatan yang bertulis di istana yang ditulis oleh penulis yang dilantik oleh raja biasanya dalam penulisan sejarah Melayu.
palace literaturesastera istana; sastera keratonKesusasteraanTiadaSastera yang dilahirkan di kalangan istana khususnya oleh pujangga atau empu.
court poetrypuisi istanaKesusasteraanPuisiSyair yang dinyanyikan, didendangkan atau dibacakan oleh biduan istana dalam sesuatu keramaian atau keraian. Contohnya, syair "Puteri Beradu".
court dresspakaian istanaKesenianTiadaPakaian dan alatan yang digunakan untuk adat istiadat harian dan istiadat tertentu di dalam istana semasa menghadap raja.
hyangakhyangakMuzikTiada

 Muzik istana subkategori chongak yang berbeza dengan t'angak, Hyangak ialah muzik istana yang menggabungkan muzik Korea dengan muzik China. Contoh hyangak yang terkenal ialah Sujech 'on, iaitu sebuah muzik instrumental yang dicipta pada awal abad ke-9. Hyangak dalam bahasa Korea bermaksud muzik Korea asli.

 

12345678910...

Kembali ke atas